BAKAT yang tak disia-siakan! Bakat dan kebolehan seseorang adalah anugerah yang tidak ternilai. Jika seseorang itu bijak memanfaatkannya, ia boleh menjadi luar biasa.

Melalui satu perkongsian di Twitter, video seorang lelaki kini tular apabila kebolehan bakat luar biasanya melukis secara spontan dalam kereta api yang sedang bergerak.

Ya! Bukan mudah untuk menghasilkan lukisan yang ‘hidup’ apatah lagi untuk melakukannya dalam persekitaran yang tidak ideal seperti di dalam kereta api yang sedang bergerak laju.

Namun apa yang dilakukan lelaki tersebut, sambil duduk di dalam kereta api menuju ke destinasi tujuan, dia meluangkan masanya dengan melukis gambar penumpang lain yang duduk berhampirannya dalam sebuah buku nota kecil.

[VIDEO] Bakat luar biasa lelaki melukis dalam kereta api bergerak dengan hasil yang wow dah ‘hidup’!

Lukisannya bermula dengan lakaran pensil yang ringkas sebelum dia melengkapkannya dengan butir-butir penting.

Turut dikemaskan dengan penambahan shading telah membuatkan lukisannya nampak sangat wow dan realistik.

Selepas selesai melukis, dia kemudian memberikan lukisan yang telah siap kepada individu yang menjadi subjek lukisannya sebagai hadiah.

Rata-rata mereka yang bertuah menjadi model tak dijangka memberikan reaksi positif dan turut kagum dengan hasil lukisan lelaki tersebut.

Mana tidaknya, mengupah seseorang untuk melukis diri kita bukanlah sesuatu hasil seni yang murah. Tambahan pula lelaki tersebut memberikan hasil lukisannya secara percuma.

Iklan

[VIDEO] Bakat luar biasa lelaki melukis dalam kereta api bergerak dengan hasil yang wow dah ‘hidup’!

Lelaki tersebut juga dikatakan sangat popular di aplikasi laman TikTok dan kerap membuat content video sedemikian.

Dia akan merakam proses melukis dan berkongsikan video-videonya di TikTok. Sementara ada segelintir penumpang yang mengenalinya dan tidak menyangka dipilih untuk menjadi subjek lukisan lelaki berbakat besar tersebut.

Iklan

Namun demikian, ada juga yang pihak dan individu yang menganggap tindakannya itu pelik kerana melukis orang tidak dikenali tanpa izin.

Walau bagaimanapun rata-ratanya memuji bakat lelaki itu. Syabas anak muda!