[VIDEO] Gara-gara rindu, lelaki gali semula kubur arwah isteri

A
A
A

MELUPAKAN seseorang yang kita sayang bukanlah mudah. Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Lagi-lagi orang yang dicintai itu meninggalkan dunia ini buat selamanya.

'Move on'! Ya, bercakap memang mudah namun hanya yang melaluinya sahaja mengerti peritnya perasaan.

Begitu juga yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila akibat terlalu rindu isteri tercinta, sanggup buat apa sahaja.

Menerusi perkongsian sebuah video pendek melalui Instagram fakta.indo, lelaki Indonesia tersebut bertindak menggali semula kubur isterinya kerana tidak dapat menahan rindu.

Kejadian yang berlaku di Kota Semarang, Jawa Tengah itu memaparkan lelaki itu sedaya upaya sekuat tenaga menggali kubur tersebut menggunakan cangkul.

Bagaimanapun dia kelihatan tersungkur di kubur isterinya itu sebelum kerja menggali itu selesai.

Kelihatan raut wajah yang amat sedih memandang kubur insan teristimewa itu.

Video berkapsyen "Belum bisa move on, seorang pria berusaha menggali kembali jenazah istrinya" itu kini telah ditonton lebih 500 ribu views.

[VIDEO] Gara-gara rindu, lelaki gali semula kubur arwah isteri

Video berdurasi 15 saat itu juga turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya;

suryaanugrah_ - Innalillahiwainnailahirojiun, ikhlaskan pak. Mengikhlaskan bentuk cinta terbesar!

maulananshhr - Semoga bertemu kembali di Syurga Aamiin.

fakhrynayyzeerr - Level tertinggi tinggi mencintai, ialah mengikhlaskan.

agta.yudhi - Dalam banget cintanya!

dimassap9 - Inikah yang dinamakan cinta sehidup semati atau cinta sampai mati?

Semoga lelaki itu diberikan kekuatan oleh yang Maha Esa untuk kuat menempuh hari mendatang.

Sesungguhnya cinta itu luar biasa!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang