MUZIK boleh menjadikan kita bahagia, sedih, santai mahupun teruja.

Tidak kiralah apa juga alatan yang digunakan.

Seperti di Surabaya, seorang gadis mengalunkan muzik yang sungguh indah dengan hanya menggesek sebuah biola bewarna coklat gelap.

Detiknews melaporkan, kemahirannya menggesek biola sangat memukau netizen.

Dalam video berdurasi 33 saat itu, remaja berusia 13 tahun itu menggesek biola sambil menggendong kanak-kanak dengan kain.

Kanak-kanak kecil berpakaian merah jambu itu kelihatan selesa dan menikmati alunan tarian Hungarian Johannes Brahms.

Video viral yang dimuat naik ke akaun Twitter @T3DDY05C4RD kelmarin telah mendapat tontonan sebanyak 181 ribu view, 4200 tanda suka serta ciapan sebanyak 900 dan 100 komen.

Iklan

“Kadang-kadang perkara menarik dan membuat kita kagum berlaku di tempat dan masa yang tidak kita harapkan … Keghairahan pagi … Semangat bertindak … Sentiasa berjaya dan semoga di bawah perlindungan NYA. Amiin YRA …,” tulis kapsyen dalam ciapannya.

Sejurus selepas dimuat naik, pemilik akaun @Ari3Pras juga membalas maklumat gadis itu.

Iklan

“Namanya Jawa Nur Alam, ayahnya seorang seniman, ibunya berniaga rujak cingur setiap hari. Tinggal di daerah Kalijudan, Surabaya.

Komen-komen lain hampir semuanya mengandungi pujian dan perkara positif.

Kemahirannya menggesek biola memukau netizen!