MENYERTAI perkhemahan adalah antara hobi digilai ramai anak muda yang sukakan aktiviti lasak. Berkhemah ialah mendirikan atau memasang khemah untuk dibuat tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam.

Tapi Awas! Sebelum membuat sebarang keputusan untuk bermalam atau berkhemah, pastikan kawasan tapak perkhemahan benar-benar selamat untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Namun, hobi lasak itu juga boleh membawa padah jika kita tidak berhati-hati dan mengambil sikap sambil lewa.

perkhemahan

Seperti di Russia, sekumpulan doktor berjaya menarik keluar seekor ular sepanjang 1.2 meter dari kerongkong seorang wanita di Levashi, Rusia, seperti apa yang dilaporkan media tempatan semalam.

News.com.au tempatan melaporkan, ular itu masuk ke dalam mulut wanita malang tersebut ketika dia sedang tidur sewaktu melakukan aktiviti perkhemahan di hadapan rumahnya.

[VIDEO] hati-hati ketika berkhemah! Ular sepanjang 1.2 meter masuk ke dalam mulut seorang gadis

Wanita yang mula menunjukkan tanda tidak sihat itu segera dibawa ke hospital dan doktor memberikannya ubat bius.

Dalam video berdurasi 38 saat tersebut, kelihatan sepasukan doktor memasukkan sejenis alat sebelum mengeluarkan seekor ular kecil dari tekak wanita terbabit.

Malah sebelum dikeluarkan salah seorang daripada team perubatan sempat berkata “kita tengok apa yang ada di tekaknya”.

Beberapa pegawai perubatan yang berada di wad itu terkejut dan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.

Iklan

Ular itu ditempatkan di dalam satu baldi perubatan. Bagaimanapun, tiada maklumat dikongsi sama ada ular itu masih hidup atau berapa lama ia berada di dalam badan pesakit.

https://www.youtube.com/watch?v=8UYUgnjCZGM#action=share

Kementerian Kesihatan Dagestan, satu daerah di Russia mengatakan mereka sedang menyiasat video yang tular di media sosial tersebut.

Iklan

Sementara itu Patimat Abdurashidova, pengarah hospital di Daerah Levashinsky berkata, dia tidak tahu tentang pembedahan yang dilakukan di hospitalnya dan berjanji akan menyiasatnya.

Dalam pada itu anak muda terus dinasihati agar tidak melakukan aktiviti perkhemahan di rumah kerana ular berpotensi memasuki tubuh mereka melalui mulut.

Dalam pada itu selepas video itu tular, ada warganet mengatakan ia bukan ular tapi cacing besar atau parasite. Namun melihat kepada besarnya binatang berkenaan, orang ramai mempercayai ianya adalah anak ular.