PAM dahulu tandas sebelum guna, begitu pesanan yang boleh diberikan buat penduduk di negara yang terkenal dengan populasi ular.

Jika bertindak sedemikian, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko dipatuk atau digigit haiwan berbisa itu.

Seperti seorang lelaki di Afrika Selatan yang melalui detik ngeri apabila kemaluan lelaki digigit ular tedung dalam mangkuk tandas.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bahkan lelaki berusia 47 tahun dari Belanda itu juga terpaksa menjalani pembedahan mencantumkan semula kemaluannya selepas dipatuk oleh ular tedung paling berbisa di sebuah safari di negara tersebut.

Menurut laporan Daily Mail, lelaki tersebut digigit oleh ular tedung sangat berbisa yang bersembunyi di dalam mangkuk tandas berkenaan.

Pun begitu, lelaki terbabit terpaksa menunggu selama tiga jam bagi menunggu helikopter kecemasan membawa dirinya ke hospital berdekatan sejauh 350 kilometer dari lokasi kejadian.

Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah, ini apa yang perlu anda tahu

Akibat gigitan reptilia itu, lelaki tersebut merasakan kulitnya seperti terbakar dan kemaluannya mula membengkak dan bertukar menjadi warna ungu.

Perubahan tersebut difahamkan merupakan tanda-tanda nekrosis skrotum atau ‘penyakit makan daging’.

Pakar perubatan yang melaporkan kes itu dalam Laporan Kes Urologi berkata, lelaki itu menjadi kes perubatan yang pertama ular tedung menggigit kemaluan manusia.

Jelas pakar tersebut, sejumlah besar tisu dalam kemaluan mangsa tidak dapat dipulihkan dan terpaksa dipotong.

Baca juga Gara-gara simpan RM90,000 dalam plastik hitam, ahli perniagaan tersilap buang diangkut lori sampah

Lebih memilukan apabila selepas sembilan hari kemudian, warga Belanda itu dihantar pulang ke negara asalnya dengan lebih banyak tisu kemaluan yang mati terpaksa dikeluarkan.

Menurut laporan akhbar tempatan, pakar bedah di Belanda kemudian menggunakan tisu dari pangkal paha mangsa untuk menggantikan tisu mati yang hilang akibat gigitan ular di kemaluan mangsa.

Justeru, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mengepam tandas sebelum duduk untuk menggunakannya.