Video kanak-kanak 3 tahun terlilit layang-layang gergasi bikin ramai kecut-perut

A
A
A

PENONTON yang menghadiri sebuah festival di Taiwan bukan sahaja menjerit semahu-mahunya tetapi turut kecut perut apabila melihat babak seorang kanak-kanak perempuan diterbangkan layang-layang gergasi.

Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Lin Chih Chien dan berusia tiga tahun itu dikatakan terlilit pada hujung layang-layang tersebut sebelum diterbangkan ke udara.

Video kejadian penuh thrill itu menjadi tular sekelip mata di seluruh dunia.

Chin Chien dilihat telah dibawa angin dan berpusing-pusing beberapa kali sebelum berjaya diselamatkan orang ramai.

Beliau mengalami calar pada bahagian wajahnya. Kanak-kanak itu juga dihambat ketakutan gara-gara insiden tanpa diduga olehnya itu. Ramai yang sangat bersimpati dengannya.

layang-layang gergasi

Perkongsian video berdurasi 24 saat melalui akaun Twitter @nowthisnews turut menunjukkan detik-detik kanak-kanak itu diterbangkan sebelum berjaya diselamatkan.

Semua yang ada di kawasan itu mengerumuni mangsa. Festival layang-layang itu juga dilaporkan terpaksa dihentikan serta-merta sebaik sahaja insiden itu berlaku.

Memang seronok apabila dapat sertai festival seumpama itu selepas ‘berkurung’ dek penangan wabak Covid-19 tetapi beringatlah lebih-lebih lagi yang membawa anak kecil.

Malang memang tidak berbau dan hati-hatilah. Jangan sampai insiden yang dialami kanak-kanak malang itu berulang lagi. #janganputusasamalaysia

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang