[VIDEO] Kejam! Tudung wartawan Palestin direntap tentera Zionis, kisah Latifah raih perhatian dunia

A
A
A

KERJAYA wartawan sentiasa dilabelkan ejen membantu mempengaruhi pandangan atau sikap masyarakat melalui penghasilan berita baik media cetak mahupun elektronik.

Dalam menjalankan tugas pelbagai cabaran harus ditempuhi. Sama seperti wartawan Palestin, Latifeh Abdellatif yang bertanggungjawab membuat liputan untuk Al-Quds iaitu akhbar bahasa Arab berpangkalan di Jerusalem.

Wanita itu bertugas di syarikat media tersebut sejak tahun 2015.

Latifeh sememangnya terkenal dengan semangat kental yang dikatakan sudah lali dipukul tentera Zionis. Bahkan, pernah ditembak, dibaling bom tangan, dimaki dan ditendang.

Kekejaman dilakukan tentera Zionis disifatkan perkara biasa sepanjang beliau bertugas liputan berita.

Pun begitu, kecekalan wartawan itu terusik dan rapuh apabila beliau menangis teresak-esak tatkala mempertahankan auratnya menjadi tatapan ramai.

Situasi berlaku Latifeh sedang membuat liputan yang mana seorang tentera wanita Zionis tidak semena-mena menarik hijab beliau.

Menerusi video berdurasi 37 saat itu, kelihatan Latifeh meraung dan merayu supaya agar tudungnya segera dikembalikan demi maruah wanita Muslim.

Apabila jeritannya kedengaran, beberapa pemuda Palestin berganding bahu pantas menolak tentera Zionis, lalu membuat bulatan bagi memudahkan Latifeh memakai helaian hijab kembali.

Bagaimanapun, dek geram dengan sikap kumpulan pemuda berkenaan membantu Latifeh , tentera Zionis bertindak menangkap mereka. Tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan kejam!

Baca juga Cahaya bendera Palestin warnai tiga menara, solidariti bumi Palestin

 

 

Tindakan biadab tentera Zionis terhadap Latifeh itu turut tular di seantero dunia. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengatakan provokasi sedemikian mewujudkan kekacauan dan rejim terbabit kemudiannya berlakon olah menjadi mangsa keadaan.

“The IDF continually provoke the Palestinian people then when they try to defend themselves they claim to be the victims despite they are the ones with the guns.”-Anthony Symmons

“Yes correct. When we get angry they say they are just defending themselves ... This is what a real Jew looks like.”-MeiRose Lyn

Malah, ada yang mengutuk mengatakan tentera Zionis tidak menghormati orang lain.

“Why are they pushing women about like that. She isn't doing anything wrong. They have no honour. It's disgraceful.”-Annette ODonnell

Insiden yang dialami Latifeh juga dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani di laman sosial Facebooknya.

Pendakwah tersebut mengulas iktibar daripada kejadian menimpa Latifeh.

Beliau menasihatkan menasihatkan wanita Islam sentiasa menutup aurat dengan sempurna dan mempertahankan secara berterusan.

“Wanita di Malaysia pula bagaimana? Ada yang bangga mempamerkan aurat dengan penuh senyum tawa.

“Semoga ALLAH MAHA RAHMAN memberikan hidayah dan mengekalkan kita istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Amin,” kongsinya lanjut.

Baca juga #SiBibirMerah: Bella Hadid tak peduli kecaman Israel, ketepikan kemasyuran demi #FreePalestine

Sumber: FB Quds News Network & Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang