Cahaya bendera Palestin warnai tiga menara, solidariti bumi Palestin

A
A
A

SYAWAL tahun ini dunia digemparkan dengan insiden tidak berperikemanusiaan Israel terhadap bumi Palestin.

Pertempuran membabitkan pejuang Palestin termasuk Hamas sejak Isnin semakin getir apabila lebih 100 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terkorban manakala ratusan dilaporkan cedera.

Israel telah menggunakan puluhan jet dan helikopter menyasarkan ratusan serangan udara sehingga meranapkan beberapa buah bangunan dipercayai tempat tinggal komander Hamas dan persembunyian pejuang Palestin di Gaza.

Serangan berkenaan telah meragut ratusan nyawa tidak berdosa antaranya golongan kanak-kanak dan wanita Palestin.

Banyak bangunan, rumah dan pejabat juga hancur musnah akibat pengeboman jet pejuang F35 tentera udara Israel yang dibekalkan Amerika Syarikat (AS).

Pertempuran itu dianggap paling sengit selepas Perang Gaza yang dilancarkan tentera Israel pada tahun 2014 sehingga berlanjutan lebih 49 hari. Tindakan kejam itu adalah untuk menghapuskan ketenteraan Hamas, tetapi telah menyebabkan lebih 2,000 penduduk Palestin terkorban manakala lebih 10,000 orang lagi cedera.

Bagaimanapun, perang terbabit berakhir pada 26 Ogos 2014 selepas gencatan senjata dipersetujui antara rejim Zionis dan Hamas.

Pun demikian, sejak peristiwa tersebut ada sahaja insiden melibatkan pembunuhan dan kecederaan penduduk Palestin oleh rejim Zionis.

Situasi terbaharu di sana mendapat perhatian banyak negara termasuk Malaysia yang bertali arus menzahirkan solidariti tanda sokongan terhadap Palestin.

Organisasi tempatan juga dilihat mengambil peluang mempamerkan sokongan dengan melimpahi cahaya warna bendera Palestin di bangunan masing-masing. Antaranya:

Menara Alor Setar, Kedah

Cahaya bendera Palestin warnai tiga menara, solidariti bumi Palestin

Cahaya warna bendera Palestin akan mewarnai menara setinggi 165.5 meter itu bermula pada 15 Mei hingga 22 Mei 2021.

Menara Kuala Lumpur

Cahaya bendera Palestin warnai tiga menara, solidariti bumi Palestin

Sementara itu, Menara Kuala Lumpur juga dilimpahi cahaya bertemakan warna bendera Palestin iaitu hijau, merah, putih dan hitam. Menerusi hantaran laman sosial Facebook Menara Kuala Lumpur inisiatif tersebut sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan saudara Islam di sana.

"Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga mereka terus kuat untuk berjuang!."

Baca juga Gagal kredit GKP Permai: Segera kemaskini nombor akaun sebelum 19 Mei 2021

Cahaya bendera Palestin warnai tiga menara, solidariti bumi Palestin

Menara Kuantan 188, Pahang

Mercu tanda baharu negeri Pahang, tidak melepaskan peluang disinari dengan lampu berwarna bendera negara Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin berikutan ketegangan di antara Palestin dan Israel.

Dalam pada itu, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Justeru, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat saudara di Palestin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca