Jangan lupa follow kami di Instagram!

BENCANA ribut pasir yang melanda bandar Dunhuang, barat laut China tidak ubah seperti adegan filem menggunakan teknik kesan khas (CGI).

Situasi tersebut dapat dilihat menerusi sebuah rakaman video yang tular di media sosial.

Video berdurasi 59 saat itu jelas menunjukkan angin kuat membadai bandar berkenaan.

Lebih menakutkan angin yang membawa pasir berwarna keperangan itu lebih tinggi daripada bangunan!

Dunhuang merupakan sebuah bandar menjadi tarikan pelancong kerana sarat dengan pelbagai kisah dan mempunyai destinasi menarik seperti Gua Mogao.

Ia adalah sebuah gua berukiran Buddha kuno yang sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Baca juga Tak endahkan banjir cecah paras paha, gelagat kaki game terus bermain dalam air buat netizen kecut perut

Baca juga [VIDEO] Penumpang tren cemas, terperangkap laluan bawah tanah, air banjir paras bahu

Iklan

Pada masa sama, bandar Dunhuang juga menjadi lokasi persinggahan Laluan Sutera.

Bagaimanapun, bandar yang terletak bersebelah Gurun Gobi dikatakan ‘hilang’ seketika apabila dilanda ribut pasir.

Iklan

Memetik Jimu News, seorang penduduk tempatan dikenali Zhang memberitahu bahawa ribut pasir itu muncul secara tiba-tiba lalu mengepung bandar berkenaan antara lima hingga enam minit.

“Saya tidak dapat lihat matahari.

“Pada mulanya, ia diselimuti debu kuning akibat ribut pasir itu sebelum berubah menjadi merah dan seterusnya hitam,” katanya yang juga menjelaskan bahawa bandar itu tidak pernah mengalami ribut pasir sejak beberapa tahun.

Menurut agensi berita China News Service, kebiasaannya ribut pasir berlaku pada musim bunga berbanding pada musim panas.