[VIDEO] Pesanan The Rock buat warganet setelah satu keluarga disahkan positif Covid-19

[VIDEO] Pesanan The Rock buat warganet setelah satu keluarga disahkan positif Covid-19
[VIDEO] Pesanan The Rock buat warganet setelah satu keluarga disahkan positif Covid-19
A
A
A

BINTANG terkenal Hollywood, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson dan keluarganya baru-baru ini telah disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas ahli World Wrestling Federation (WWF) itu dalam satu video berdurasi 11 minit yang dimuat naik melalui laman Instagram rasmi miliknya pada Rabu.

Menurut The Rock, dia bersama isteri dan dua anak perempuannya dijangkiti Covid-19 dua atau tiga minggu lalu daripada rakan keluarga terdekat yang tidak mengetahui mereka dijangkiti virus itu.

"Ini merupakan perkara yang sangat mencabar dan sukar untuk kami lalui sebagai sebuah keluarga dan untuk saya secara peribadinya.

“Walaupun sebelum ini saya pernah melalui kesakitan dan kecederaan yang lebih teruk, namun disahkan positif Covid-19 jauh berbeza kerana keutamaan saya adalah melindungi keluarga,” katanya seperti dipetik dalam portal CTV News.

Johnson berkata, dua anak perempuannya Tianna and Jasmine masing-masing berusia dua dan empat tahun menghidap sakit tekak beberapa hari.

"Saya harap hanya saya diuji positif, tapi tidak, seluruh keluarga," katanya.

Pelakon itu turut menggesa pengikutnya mengamalkan disiplin apabila berkumpul di tempat awam, tingkatkan imun sistem dengan pemakanan diet seimbang.

Kini sesiapa sahaja yang akan bertandang ke rumahnya perlu melalui ujian untuk mengesahkan bebas daripada virus tersebut demi menjaga keselamatan masing-masing.

Aktor ini juga berpesan agar sentiasa memakai pelitup muka dan itu adalah tanggungjawab sebagai masyarakat dalam membendung menyebaran virus ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang