SEKALI imbas, ramai yang menyangka ia adalah layang-layang. Namun apabila diamati, rupa-rupanya ia adalah seekor ular besar yang melingkar pada kabel elektrik.

Reptilia itu lazimnya jarang muncul di khalayak ramai kerana kecuali ketika ia terancam. Bagaimanapun baru-baru ini video seekor ular dipercayai spesies sawa melingkar di atas kabel elektrik tular di media sosial.

Video berdurasi 20 saat yang dimuatnaik pengguna TikTok @michaelyufull memaparkan seekor ular bersaiz besar ‘terkapai-kapai’ di atas kabel elektrik berdekatan Cogon Public Market di Filipina.

Orang ramai dilihat berkumpul, menjerit dan merakam aksi ular terbabit.

Bagaimanapun setelah beberapa ketika, ular berkenan jatuh dan kemudian melarikan diri.

@michaelyufull big snake at cogon market #fyp #fypシ #foryou #foryou ♬ original sound – Michael Yu Full

Namun apa yang meresahkan mereka yang berada di sekitar pasar raya tersebut ialah ular tersebut hilang dan tidak ditemui. Maklumat daripada warganet menyatakan ular berkenaan telah kembali ke gua berdekatan.

Sejak video tersebut dimuatnaik, ia telah meraih lebih 14 juta tontonan.

Rata-rata warga maya yang menyangka ia adalah layang-layang. Malah ada yang menzahirkan rasa takut dan ngeri menyaksikan kejadian tersebut.

Iklan

 

Ular sawa batik atau nama saintifiknya Python reticulatus mempunyai kekuatan untuk membunuh mangsa dengan belitan walaupun beratnya tidak sampai 20 kilogram.

Iklan

Ular sawa batik dewasa boleh membesar sehingga mencecah 6.95 meter panjang. Ia juga adalah spesies ular terbesar di Asia.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

Baca juga:  “Sekilas Pandang Serius Tak Nampak…” Renjer Hutan Kongsi Sebab Perlu Guna Trek Tersedia, Jika Tidak Bahaya Menanti

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @michaelyufull