SAKIT gigi memang susah untuk dibawa bincang.

Masakan tidak, semua kerja tidak boleh dibuat.

Betullah orang kata, jangan dikacau orang yang sedang sakit gigi. Kalau tak, tahu-tahulah sendiri… 😅

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai cubaan dua perompak mahu merompak sebuah klinik gigi di Brazil yang tidak kesampaian.

Berdasarkan sebuah video pendek yang dimuat naik oleh @My_CrimeWatch menyaksikan, pesakit lelaki yang sedang mendapatkan rawatan gigi tergendala apabila perompak tadi mengugut mangsa menggunakan sebilah pisau.

Sebenarnya pesakit berkenaan ialah seorang pegawai polis!

Video tersebut yang diambil menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan polis berkenaan dengan tenang duduk di kerusi dan mengikut sahaja arahan perompak tersebut untuk menyiarap di lantai.

Baca juga Hilang di Ipoh, jumpa di Grik, hasil kerja ala FBI, pemuda jejaki telefon hilang tak sampai 24 jam

Tanpa disedari sesiapa, dengan pantas polis itu mengeluarkan pistol yang terdapat di pinggangnya sebelum bergelut dengan seorang perompak yang cuba untuk merampas senjata yang dipegang.

Beliau akhirnya berjaya menumpaskan seorang perompak, manakala seorang suspek lagi cuba melarikan diri.

samun klinik gigi

Namun, tindakan pantasnya berjaya menjatuhkan suspek kedua, sementara menunggu pasukan polis sampai.

Memang mencemaskan apabila perompak tersebut memegang pisau tajam. Kecut perut kita dibuatnya melihat babak menakutkan itu.

Baca juga Letak tong sampah tengah jalan, rupa-rupanya taktik jahat orang tidak bertanggungjawab. Wanita ini minta semua lebih berhati-hati

Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa berlaku.

Rata-rata netizen yang menonton video pendek berdurasi satu minit 15 saat tersebut turut berkongsi peringatan ‘jangan dikacau orang yang sedang sakit gigi.’

samun klinik gigi

Frontliner susah nak dapat cuti, kan dah mendapat!

samun klinik gigi

Belajar cara abang polis itu kawal situasi.

samun klinik gigi

Perompak nak curi gigi ke?

Iklan

samun klinik gigi

Bendak sakit gigi ini susah nak dibawa bincang.

samun klinik gigi

Periksa dulu latar belakang pesakit sebelum mahu merompak.

samun klinik gigi

Aduhai, komen-komen lucu netizen memang tidak mengecewakan.

Pun begitu, apapun juga keadaan yang berlaku, kita sebagai orang awam jangan ambil tindakan sendiri ya sebab situasi tersebut cukup bahaya.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Harap-harap abang polis itu dapat sambung rawatan gigi yang tergendala.

Tidak kurang juga netizen berkongsi komentar lucu mengenai keberanian abang polis itu diberi ganjaran rawatan percuma di klinik tersebut seumur hidupnya.

samun klinik gigi

samun klinik gigi

Apapun, SinarPlus salute dengan keberanian abang polis tersebut.

Walaupun dalam sakit gigi, gigih melawan penjahat depan mata. #kitajagakita #kitalaluibersama