SEORANG ibu lazimnya akan melindungi anak dari segala bahaya. Kasih sayang ibu kepada anak bagaikan tiada sempadan hingga ke akhir hayat.

Namun lain pula yang berlaku di Uzbekistan apabila ibu sanggup mencampakkan anaknya ke dalam kandang haiwan buas di sebuah zoo.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berhadapan detik cemas apabila dicampakkan oleh seorang wanita dipercayai ibu kandungnya sendiri ke dalam kandang beruang di sebuah zoo di Tashkent, Uzbekistan.

Baca juga: Misteri Kehilangan Pasangan Dari Hickman County Terjawab, Ini Cerita Sebenar Yang Buat Ramai Tergamam

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), si ibu dilihat mengangkat mangsa ke dalam pagar sebelum bertindak mencampakannya dari dinding kandang setinggi lima meter.

Lapor Daily Mail, beruang tersebut yang dipanggil Zuzu cuba mendekati dan menghidu kanak-kanak itu selepas dia jatuh ke dalam parit sangkar.

Bagaimanapun, tindakan pantas penjaga zoo berjaya mengawal keadaan di mana beruang ditarik ke bahagian dalam sangkar manakala kakitangan menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Enam kakitangan zoo memasuki bahagian luar sangkar mengangkat gadis itu dalam pelukannya dan membawanya ke hospital.

Ibu kanak-kanak itu yang kelihatan kekal berada di tempat kejadian melihat keadaan anaknya selepas dicampak.

Dia kemudian ditahan dan didakwa cubaan membunuh. Sabit kesalahan Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara 15 tahun.

Baca juga: Saintis rekod kilat terpanjang di dunia, hampir 800 kilometer, rentasi 3 buah negeri

Kanak-kanak malang itu dilaporkan sedang dirawat di hospital kerana kecederaan kepala dan luka akibat terjatuh.

Iklan

Difahamkan kanak-kanak itu mengalami gegaran otak susulan jatuh dari ketinggian lima meter.

Seorang jurucakap zoo berkata, seorang wanita muda melemparkan seorang gadis kecil ke dalam kandang beruang coklat, di hadapan semua pelawat.

“Kami sama sekali tidak jelas apa motif wanita itu. Kedua-dua pelawat dan kakitangan zoo cuba menghalangnya tetapi gagal.

“Kami takut memikirkan jika beruang bertindak balas terhadap anak kecil itu sebagai mangsanya,” katanya.

Iklan

Walaupun jarang berlaku, kes kanak-kanak terjatuh ke dalam kandang zoo pernah terjadi.

Pada 2016, seekor gorila berusia 17 tahun menangkap dan menyeret seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang jatuh ke dalam kandangnya di zoo Cincinnati, Amerika Syarikat. Gorila

berkenaan telah ditembak oleh penjaganya.

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Daily Mail, Twitter Geovanni Villafañe