PANCARAN kilat yang menjangkau hampir 500 batu (kira-kira 767.98 kilometer (km) merentasi tiga negeri Amerika Syarikat mencatat rekod kilat terpanjang di dunia.

Kilat tunggal memanjang sejauh 477.2 batu (719.7 km) merentasi Texas, Louisiana dan Mississippi pada April 2020, kata Organisasi Meteorologi Sedunia.

Ia telah diumumkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia melalui aplikasi Twitter.

Ia sekali gus mengatasi rekod lama kilat yang berlaku di Brazil iaitu sejauh 440.6 batu (708.11136 km).

Menurut pensyarah Sains Geografi dan Ketua Pengesahan Rekod Organisasi Meteorologi, Arizona State University, Profesor Randall Cerveny berkata biasanya kilat memanjang lebih jauh daripada 10 batu (16 km) dan berlangsung kurang daripada satu saat.

“Dua rekod kilat kilat ini benar-benar luar biasa,” kata Cerveny seperti dilaporkan CBS News

Kedua-duanya adalah kilat awan ke awan, beberapa ribu kaki di atas tanah dan tidak membahayakan manusia.

Rekod tersebut menurut Cerveny tiada kaitan dengan perubahan iklim dan telah dikesan dan dirakam satelit baharu.

Awan petir terdiri daripada udara sejuk yang membentuk kristal ais dan udara panas yang membentuk titisan air.

Baca juga: Awas! 8 Negeri Ini Berpotensi Dilanda Puting Beliung, Berikut 6 Fakta Anda Perlu Tahu

Baca juga: Nampak kilat, dengar guruh cepatlah cari tempat berlindung, 5 fakta penting elak dipanah petir

Semasa ribut, hablur dan titisan air ini berlanggar untuk menghasilkan cas elektrik di awan. Caj tersebut terpisah dengan cas positif atau proton di bahagian atas awan dan cas negatif atau elektron di bahagian bawah.

Apabila cas negatif menjadi cukup kuat, tenaga dibebaskan daripada awan dan melalui udara ke tempat dengan cas yang bertentangan seperti tanah atau pokok atau manusia.

Kilat sangat panas. Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat,, apabila kilat melalui udara, ia boleh memanaskan udara hingga 50,000 darjah Fahrenheit iaitu 27,760 darjah Celsius, kira-kira lima kali lebih panas daripada permukaan matahari (5,600 darjah Celsius)!

Petir biasa terjadi di Amerika Syarikat hampir 25 juta kali setahun.

Musim panas adalah musim paling kerap berlakunya kilat dan orang ramai boleh disambar pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Pakar kilat, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, John Jensenius memberitahu CBS News bahawa 80 peratus kematian akibat kilat berlaku pada lelaki.

Selain itu, kilat mega direkodkan di Uruguay dan utara Argentina selama 17.1 saat pada tahun 2020, direkodkan sebagai kilat paling lama.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Menggerunkan, Seperti Di Luar Negara, 5 Fakta Kejadian Puting Beliung Membadai Ipoh

Menurut Organisasi Meteorologi Sedunia, kedua-dua rekod berlaku di kawasan yang terdedah kepada ribut kuat yang menghasilkan kilat mega atau ‘megaflashes’ iaitu wilayah Great Plains di Amerika Syarikat dan lembangan La Plata di kon selatan Amerika Selatan.

Pada tahun 1975 seramai 21 orang terbunuh oleh satu kejadian kilat dan petir di Zimbabwe. Difahamkan ketika kejadian mangsa mereka berkumpul di dalam khemah.

Manakala dalam kejadian lain, 469 orang terbunuh apabila petir menyambar bandar Dronka, Mesir pada tahun 1994. Ia juga menyebabkan minyak terbakar membanjiri bandar itu.

Baca juga: 8 Negeri Diramal Hujan, Ribut Petir Petang Ke Malam, Dijangka Hingga 3 Februari

Iklan

Lokasi selamat untuk berlindung daripada kilat adalah bangunan besar dengan pendawaian yang baik dan bukannya struktur seperti perhentian bas atau bangunan kecil di persisiran pantai.

Kenderaan bertutup logam sepenuhnya juga dianggap selamat daripada kilat.

Kita disarankan melakukan lima langkah berikut untuk mengelakkan diri daripada dipanah petir.

1. Sekiranya mendengar bunyi dentuman guruh dalam tempoh 30 saat cahaya petir kelihatan, ia bermakna korang begitu hampir dengan panahan petir.

2. Segera mencari tempat perlindungan dan tunggu sehingga 30 minit bunyi guruh terakhir kedengaran.

3. Jauhi tingkap, pintu dan elakkan memegang peralatan elektrik termasuk telefon.

4. Selain itu, elakkan melakukan aktiviti seperti membasuh pakaian, mandi manda, mencuci pinggan mangkuk dan membasuh tangan ketika ribut petir.

5. Jika berada di ruang terbuka atau luar bangunan, dapatkan tempat untuk berlindung di dalam bangunan. Jangan sesekali berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, atau gerai makanan di tepi jalan.

Sekiranya terpaksa berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir

Perlu diingatkan bahawa walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.

Baca juga: 7 fakta Taufan Rai, membadai Filipina 195km/j, hampir 400 maut

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: CBS News, BBC