‘SEDIKIT-sedikit, lama-lama jadi bukit’.

Ini antara peribahasa yang sering dikaitkan dengan tabiat menabung. Pada peringkat awal menabung memang sedikit, tetapi lama-kelamaan wang yang disimpan akan bertambah jumlahnya.

 

Menabung memberikan pelbagai manfaat. Antaranya mendidik sikap berjimat cermat dan tidak boros. Dengan adanya tanggungjawab menabung dalam diri, maka setiap sen dibelanjakan pasti dicongak secara berhemah.

 

 

Seorang wanita di negara jiran, Indonesia salah satu individu yang istiqamah dalam amalan menabung. Berkat kegigihannya menabung duit syiling selama lima tahun membuatkan beliau mampu membeli motosikal secara tunai.

Video dikongsikan menerusi akaun Tik Tok @siwipanca itu, memaparkan aksi seorang wanita di kaunter sebuah bilik pameran wakil jualan motosikal.

Kapsyen pada video itu menyatakan wanita berusia lingkungan 40 tahun berkenaan membeli motosikal secara tunai menggunakan wang tabungan.

Baca juga Hampir 18 Juta Tontonan, Ramai Kagum Gadis Comel Berani Pegang Puluhan Ular

 

Model motosikal Honda Scoopy yang dikatakan dibeli wanita itu.

Berderetan syiling yang sudah disusun rapi di atas kaunter dan kelihatan beberapa pekerja sedang mengira jumlah keseluruhan wang itu .

Video berdurasi selama 20 saat tersebut telah ditonton sebanyak 1.1 juta warganet.

Baca juga Waspada Ikan Tenggiri Lebih Pencemaran Merkuri Berbanding Ikan Kembung. Ini Penjelasan Dr Imelda

 

Iklan
@siwipikatan

fyp… beli motor pakai koin… ibu ini nabung selama 5 tahun…😍😍

♬ Shalawat – UNGU

Baca juga Bangganya! Pokok Cengal Terbesar Dunia Ada Di Terengganu, Sama Tinggi Bangunan 20 Tingkat

Paparan video itu juga menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang memuji kecekalannya menabung sehingga berjaya membeli motosikal.

Malah, ada juga memuji wakil penjual kenderaan itu yang masih melayani dengan baik walaupun terpaksa mengira wang syiling dalam kuantiti yang banyak.

Iklan

“Allahumma solli ala saiyidina Muhammad, syiling pun wang juga. Selagi masih laku jangan remehkan. Salute ibu ini dan pekerja dealer yang melayani dengan baik.”-Dhani Mayleen

“Saya salute kepada pihak dealer, walaupun pakai  syiling diterima dan dilayan dengan baik.”-Luthfi Fauzan

“Yang penting masih wang. Dealernya pun pintar,  syiling juga wang ditukar ke bank masih laku. Ibu ini percaya yang kecil boleh jadi besar.” awi_BAB

Sumber: Tiktok