KISAH seram diusik entiti sejak kebelakangan ini nampaknya banyak dikongsikan dalam media sosial.

Mana tidaknya, banyak video pendek yang dikongsikan membuatkan ramai tergamam dan meremang bulu roma.

Begitu juga situasi yang dikongsikan oleh Instagram @balikpapanpo menerusi sebuah video pendek memaparkan entiti berwarna putih yang dipercayai pontianak.

Kejadian misteri itu dikatakan berlaku pada waktu siang di kawasan hotel usang yang sudah terbengkalai di Balikpapan, Kalimantan Timur di Indonesia.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berdasarkan rakaman, perakam pada mulanya difahamkan hanya mahu merakam suasana tapak kawasan hotel tersebut, namun secara tidak sengaja terakam ke sudut penampakan entiti tersebut.

Menyedari terakam kelibat misteri itu, si perakam terus bertindak mengalihkan kamera telefon ke arah lain, kemudian berbalik semula ke sudut tadi dan entiti itu masih di situ.

misteri hantu ngeri seram

Video tersebut dimuat naik berserta kapsyen ringkas “Terakam daripada kamera telefon sesosok misteri yang menggunakan pakaian putih berambut panjang yang dipercayai pontianak.

“Kejadian itu terjadi ketika kerja-kerja pembersihan semula di sebuah kawasan hotel lama yang sudah terbengkalai di Balikpapan,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata mereka turut seram melihat rakaman tersebut.

Ujar mereka;

“Masa kamera patah balik ke sudut itu, pontianak masih ada. Biasa dia menghilang kan.”

“Apa lagi tu… itu ada sosok pakaian hitam dibelakang tu.”

Baca juga Uniknya, 11 anak miliki nama empat abjad, hanya guna huruf A, E, L dan X

Iklan

“Hotel mana tu? Adakah hotel Tirta…”

“Masa aku tengok video ini aku tinggal di rumah seorang diri…”

Justeru, berhati-hatilah korang memilih hotel untuk bercuti, pastikan membuat sedikit kajian berkenaan penginapan tersebut.

Bukan apa, takut lama tidak dikunjung manusia akibat negara dilanda pandemik Covid-19, macam-macam makhluk lain mungkin tumpang menghuni.

Iklan

Sumber: Suara

Swipe ke kiri untuk menonton video.