MELAMAR merupakan satu proses yang menjadi kebiasaan bagi seseorang yang mahu berkahwin.

Sebagai seorang perempuan, saat mereka dilamar oleh seorang lelaki merupakan antara saat yang paling indah dalam hidup mereka.

Melamar boleh dilakukan dengan pelbagai cara.

Mengikut adat dan kesopanan masyarakat Melayu, biasanya proses melamar melibatkan campur tangan pihak keluarga.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang pemuda memilih cara yang unik apabila melamar kekasihnya di hadapan kedua-dua bakal mentua dengan menggunakan pembentangan PowerPoint.

Menerusi perkongsian di Instagram, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Yasher Fadhli menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menjelaskan mengenai perancangan masa hadapannya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Datang kenduri kahwin tak dijemput

Iklan

Kelihatan seperti pembentangan ketika mesyuarat, Yasher nampak yakin dan bersahaja menerangkan mengenai pelan kehidupannya dan kekasihnya selepas berumah tangga.

“Kita bukan lagi dalam fasa untuk bertahan. Kebiasaannya, kalau bercakap tentang kewangan, kita sering menyebut mengenai cara untuk bertahan, bagaimana untuk makan dan lokasi tempat tinggal.

“Rancangan kami sekarang adalah tentang cara-cara untuk bekerja keras,” ujarnya.

Apa yang menarik perhatian, kedua-dua bakal mentua bersama kekasihnya dilihat sedang mendengar pembentangan itu dengan teliti.

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan cara melamar yang dilakukan Yasher.

Ujar mereka;

“Pertama kali saya lihat melamar cara ini.”

“Bro yang sangat memberi inspirasi! Saya rasa ini adalah cara yang paling tepat untuk menyampaikan pandangan yang berbeza kepada ibu bapa.”

Baca juga Remaja dinoda 33 lelaki dalam 8 bulan, takut buat laporan polis kerana diugut

“Setuju dengan cara ini. Face to face dengan bakal mentua.”

“Dah macam seminar MLM pula tengoknya…”

“Harap perbuatannya mesti sama dengan apa yang dikatakan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasher Fadhli (@yasherfadhli)