KALAU sudah minat dan punyai sifat ingin tahu yang tinggi, seseorang sanggup buat apa sahaja.

Begitu jugalah halnya apabila melibatkan haiwan kesayangan.

Seperti apa yang terjadi kepada seorang pemuda ini yang dikatakan sanggup ke bandaraya yang kaya dengan sejarah demi mencari kucing liar.

Perkara itu disertai video memaparkan perjalanannya ke Turki menjejak kucing liar, tular di laman sosial.

Video itu dimuat naik olehnya di laman TikTok @anggaherjuna baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, dia mengabdikan momen sepanjang perjalanannya ke Turki yang memaparkan rakaman ketika di lapangan terbang, dalam pesawat, sehingga dia tiba di Turki.

Sehingga kini video berkenaan telah mendapat lebih 4.4 juta tontonan.

[VIDEO]Pemuda ke Turki semata-mata mencari kucing liar, terkejut apa yang terjadi

Iklan

Setibanya di Turki, Angga akhirnya menemui kucing liar. Pertama kalinya berjumpa dengan kucing ketika berada di masjid.

“Orang mengatakan kucing liar di Turki itu bagus, bersih dan cantik. Dengan sifat ingin tahu, saya beli tiket ke Turki dengan segera. Perjalanan ke sana memakan masa penerbangan 19 jam.

“Akhirnya tiba di Istanbul, Turki. Lapangan terbangnya luas dan sangat mewah. Ketika sampai di sana, saya berkeliaran mencari kucing, pasti comel.

“Yeay! akhirnya menjumpai seekor kucing ‘gemoy’ di masjid. Saya juga menjumpai kucing liar di beberapa tempat, ternyata bersih dan gemuk. Seperti terasa mahu membawanya pulang,” tulisnya.

Menurut Tribunnews, pemuda berusia 22 tahun itu mengakui niatnya ke Turki hanya semata-mata ingin mengetahui tentang kehidupan kucing di Turki.

Iklan

“Kata orang, di sana syurga kucing, ternyata ianya betul dan semua yang saya jumpa amat comel dan gebu,” katanya.

Menurutnya, orang Turki melayani kucing liar dengan sangat baik.

“Ya, betul, setiap jalan di Turki mempunyai kucing dan kucing itu bebas memasuki mana-mana kedai dan rumah. Tidak ada yang mengusirnya,” jelasnya.

@anggaherjunaBersih dan gemoy banget kucing di Turki😍🥰 ##fyp ##fypシ ##beranda ##samasamabelajar ##viral ##turki ##kucingturki

♬ One Time Challenge – KarlLimpin 👽