BILA sebut sahaja pasal emas, semua orang pasti teruja!

Begitulah juga yang terjadi di Pantai Pohon Batu, Maluku Tengah, Indonesia ini.

Berikutan penemuan emas bercampur pasir di pantai itu, penduduk tempatan berduyun-duyun merebut peluang mencari kilauan berharga itu.

Menurut laporan CNN Indonesia, emas itu pada mulanya disedari dan dijumpai oleh wanita dikenali Syaridah Arey dan adiknya.

Mereka menemui emas di pantai tersebut secara kebetulan ketika sedang mencari pasir.

“Pada waktu itu saya dan adik saya sedang mencari pasir, tetapi terdapat bijih emas di pasir tersebut,” katanya.

Kemudia Syarifah turut memberitahu penemuan emas itu kepada penduduk sekitar pantai dan rumahnya.

Penduduk yang mendengar segera bergegas dan berduyun-duyun ke pantai.

Dengan pelbagai peralatan, penduduk mencari dan teruskan usaha mendapatkan emas di sekitar pantai berkenaan.

Sehingga kini, pantai tersebut itu dikatakan masih padat dengan kehadiran orang ramai yang mencuba nasib untuk mendapatkan emas.

"Beli emas ribu-ribu akhirnya tak laku"- Lelaki kongsi tip kenali emas palsu

Syarifah turut mengakui bahawa dirinya tidak menyangka berita penemuan biji-bijian emas pada Sabtu minggu lalu akan menjadi tular.

Iklan

Sementara itu, seorang penduduk Tamilouw, Latif Selanno mengatakan bahawa perkara tersebut bukanlah perkara baru bagi wilayah Maluku itu.

Dia mengakui bahawa pada tahun 2019 dirinya pernah mengutip emas sekitar 100 gram di situ.

Baca juga Kejamnya, sanggup penggal kepala bapa sendiri dan usung sekeliling kampung

Iklan

Bukan hanya di pesisir pantai tersebut bahkan di beberapa tempat berhampiran.

Katanya, oleh kerana tular menjadikan ramai orang teruja untuk mencari emas di situ.

Menurutnya, apa yang penting adalah kerajinan diri sendiri untuk mencari emas sekurang-kurangnya satu atau 2 gram sehari sudah mencukupi.

Wah! Seronoknya mereka dapat mencari emas percuma di pesisir pantai.