KALAU dah jodoh tak ke mana, segala urusan itu rahsia ALLAH SWT.

Ia susulan tular di media sosial, seorang wanita dikenali Renata Fadhea berkongsikan foto majlis perkahwinan yang dihadirinya sewaktu berusia sembilan tahun.

Di situ, tampak Renata kecil berdiri di barisan sebelah kanan di kedua-dua mempelai pengantin.

Dia bersama rombongan bergambar di pelaminan, yang mana pengantin mengenakan busana berwarna kuning manakala Renata memakai baju putih dan seluar panjang berwarna biru.

Baca juga:​5 tahun tidak beraksi di konsert, Rihanna hiburkan tetamu di pra-perkahwinan anak lelaki terkaya India

Menerusi video yang dimuat naik Renata itu, mengundang persoalan apabila kapsyen foto dulu dan sekarang turut memaparkan pasangan suami isteri sedang memegang bayi namun kelihatan isteri masih muda.

Justeru mengelakkan perspektif negatif, wanita itu tampil menjelaskan isu terbabit bahawa pengantin lelaki yang berkahwin pada 2009 tersebut kini menjadi suaminya.

Difahamkan perbezaan usia mereka adalah 38 tahun.

Baca juga:Suami lahir 1970, isteri 2004, wanita mohon petunjuk sebelum kahwin kenalan ayah berbeza usia 34 tahun

Katanya, suaminya telah berpisah dengan isteri daripada pernikahan kedua pada 2011.

Iklan

Baca juga:[8 Foto] Akhiri zaman duda kali ke-4, beza umur 30 tahun tak halang Marc Anthony pilih bekas ratu cantik sebagai isteri

“Suamiku sama isteri sudah berpisah, suami adalah saudara jauh, dia dah berpisah sebelum berjumpa dengan saya.

“Menerusi pernikahan kedua, suami tiada anak namun yang pertama suami ada anak dan Alhamdulillah semua baik,” katanya yang berkahwin pada 2020.

Renata turut menegaskan dirinya bukan perampas kerana ketika bertemu suaminya sudah berstatus duda.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!