Wanita berjaya 'sorok diri' selama setahun di atas bumbung pasar raya, siap bina rumah lagi

Copy of Copy of gambar portal_20240514_224712_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240514_224712_0000
A
A
A

 

SEORANG wanita bertindak berani apabila membina ruang kediaman di atas bumbung sebuah pasar raya di Midland, Amerika Syarikat tanpa pengetahuan orang termasuk pengurusan.

Rahsia itu bagaimanapun terbongkar apabila kontraktor menjalankan pembaikan di atas bangunan tersebut.

Pegawai Polis Midland, Brennon Warren berkata, wanita berkenaan didakwa tinggal di dalam papan tanda yang terletak di atas bumbung pasar raya tersebut selama setahun.

"Kami menggelarnya sebagai ninja kerana berjaya mengaburi mata orang ramai.

"Malah, terdapat komputer dan mesin pembuat kopi dalam rumah. Dia telah membina kediaman," katanya.

Wanita itu mencipta 'rumah' berbentuk segi tiga, yang boleh diakses melalui pintu kecil.

Brennon berkata, selain mesin pembuat kopi, pencetak dan komputer, wanita itu juga mempunyai meja mini serta pakaian.

"Tidak jelas bagaimana dia dapat mengakses bumbung, malah orang pernah melihatnya dari semasa ke semasa dan kemudian secara tiba-tiba akan hilang.

"Tiada siapa yang tahu ke mana wanita itu pergi bahkan menyangka bahawa dia akan berada di atas bumbung," katanya.

Wanita itu dilaporkan bersetuju untuk pergi sejurus selepas polis berbincang dengannya dan dinasihatkan untuk tidak kembali dan membawa hartanya.

Tiada pertuduhan telah difailkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang