Wanita dibunuh kejam, mayat mangsa diikat dan dicampakkan dalam kolong. Ini kronologi kes mengerikan

BUKAN sahaja dibunuh dengan kejam, wanita yang juga tunang kepada suspek diikat sebelum dicampakkan ke dalam sebuah kolong.

Insiden mengerikan tersebut terjadi kepada Sweetha Kusuma Gatra Subardiya yang ditemui mati di bawah jambatan berhampiran Tol Semarang, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, ibu tunggal berusia 32 tahun itu dijumpai orang ramai dengan keadaan sudah membusuk selepas disumbat di dalam sarung dan kakinya terikat.

Lapor Kompas, mangsa yang bekerja sebagai petugas kesihatan dipercayai menjadi mangsa cemburu oleh kekasihnya yang juga suami orang.

Sweetha dikatakan sudah menjalinkan hubungan cinta dengan Dony Christiawan Eko Wahyudi yang berusia 31 tahun sejak Oktober 2021 lagi.

Iklan
Iklan

Pertalian yang rapat itu telah membuatkan si mati percaya kepada suspek untuk menjaga anaknya sejak Februari lalu.

Baca juga Hanya kerana menolak lamaran, wanita ini dirogol dan dipenggal penuh kejam! Sadis sungguh

Menurut laporan polis, Dony berjanji mahu berjumpa dengan mangsa di tepi jalan sebelum membawanya ke sebuah hotel.

Sebelum itu, mangsa dikatakan sudah berkali-kali mendesak agar suspek membawa sekali anaknya.

Namun siapa sangka, pertemuan itu berakhir apabila Sweetha dibunuh di hotel tanpa perikemanusian sebelum mayatnya dibuang di lokasi kejadian.

DIDERA DAN DIBIARKAN KELAPARAN

Berdasarkan laporan Kompas, suspek dikatakan cemburu melihat mangsa yang menyapa seorang lelaki ketika mereka bertemu baru-baru ini.

Bukan setakat itu, siasatan polis selanjutnya juga membongkarkan sesuatu yang mengejutkan.

Lelaki durjana tersebut bukan sahaja membunuh tunangnya, malah anak mangsa juga diseksa sampai mati.

Anak Sweetha telah menjadi mangsa penderaan apabila si kecil itu tidak diberi makan berhari-hari, malah dikurung di dalam bilik hanya kerana alasan budak tersebut nakal.

Bayangkan dibiarkan tanpa makan dan minum, ditambah diseksa dengan teruk tanpa perasaan belas kasihan.

Baca juga Kejam! Lima anak kecil dibunuh gara-gara isteri sakit hati suami curang

Natijahnya, kanak-kanak berkenaan meninggal dunia pada 20 Februari lalu dan mayatnya juga dicampak di kawasan yang sama.

Itulah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

Paling membuatkan ramai pihak bengang, suspek dikatakan cuba mengaburi pihak polis dengan membuat laporan palsu mengenai kehilangan mangsa dan anaknya, namun tidak berjaya.

Dia ditangkap polis dengan bukti yang ditemui dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara hingga 15 tahun atau seumur hidup.

Sedihnya, insan yang diharapkan untuk menjadi tempat bergantung rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia.

Baca juga Bukan RM10,000 atau RM1,000. Gara-gara RM1.14, wanita ini dibunuh kejam suami sendiri!

Moga insiden yang berlaku di negara jiran kita memberi iktibar kepada semua khususnya para wanita untuk lebih berhati-hati ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

22 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

1 day ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

2 days ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

2 days ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

2 days ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

2 days ago