PASPORT ialah dokumen perjalanan sah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada warganegara bagi maksud perjalanan ke negara-negara dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas negara terlarang.

Dokumen perjalanan itu perlu diperbaharui apabila tamat tempoh bagi membolehkan pemilik berkunjung ke negara-negara lain.

Baru-baru ini seorang wanita Israel terkejut apabila tempat kelahiran dalam pasport baharu United Kingdom (UK) yang dimohonnya tertera ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’.

Beliau yang mempunyai kerakyatan Britain dilahirkan di Pusat Perubatan Hadassah di Jerusalem (Baitulmuqaddis) yang dijajah. Bapanya berasal dari Britain.

Wanita berkenaan, Ayelet Balaban membuat permohonan pasport baharu secara online dan menghantar pasport lama ke UK pada 23 Mei lalu.

Apa yang mengejutkan apabila menerima pasport baharu Isnin lalu maklumat pada ruangan tempat lahir telah berubah.

Iklan

“Saya terkejut melihat tempat kelahiran ditukar dari Jerusalem ke ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’ (Occupied Palestinian Territories),” katanya.

Selain itu, Balaban berkata abangnya yang memperbaharui pasport UK dua tahun lalu masih kekal maklumat kelahiran ‘Jerusalem’.

Beliau mempercayai perkara itu adalah polisi baharu ditetapkan kerajaan UK.

Baca juga: [VIDEO] “Selamat Hari Raya Palestin, 9 Syawal Milikmu”- Rakyat Malaysia Bersyukur Hamas, Israel Setuju Genjatan Senjata

Iklan

Susulan daripada itu, beliau menghantar e-mel kepada Duta Israel di UK, Tzipi Hotovely bagi mendapatkan penjelasan lanjut, namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas.

Wilayah Palestin di Semenanjung Gaza, Tebing Barat, timur Baitulmuqaddis diduduki secara haram oleh Israel sejak tahun 1967.