Wanita manusia tertua di dunia meninggal pada usia 118 tahun, 8 info tentangnya

SEORANG wanita gemarp menikmati coklat setiap hari, bersara pada 1979 dan terselamat daripada Covid-19 pada usia 117, meninggal dunia sebulan sebelum ulang tahunnya yang ke-119.

Itulah manusia tertua di dunia iaitu Lucile Randon.

Meninggal dunia pada usia 118 tahun di bandar Toulon, selatan Perancis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik Datuk Bandar Hubert Falco.

Menurut laporan media, berikut info menarik tentang Lucile Randon;

1. Biarawati Perancis itu yang juga dikenali sebagai Sister Andre dilahirkan di bandar Ales selatan Perancis pada 11 Februari 1904.

2. Kematiannya diumumkan pada hari Selasa, 17 Januari oleh rumah jagaan Toulon tempat dia menghabiskan tahun-tahun terakhir hidupnya di pantai Mediterranean.

3. Sister Andre sebelum ini disenaraikan sebagai manusia tertua yang masih hidup oleh Kumpulan Penyelidikan Gerontologi pada April tahun lalu.

Baca juga Akibat cemburu dan taasub dengan pembunuh bersiri, wanita ini sanggup tikam teman lelaki sebanyak 22 kali

Lucile Randon. – Foto AP

4. Wanita Perancis itu bekerja sebagai guru persendirian ketika muda dan mula bergiat aktif dalam institusi keagamaan ketika berusia awal 40-an.

5. Mendiang adalah warganegara kehormat Toulon dan tinggal di rumah jagaan warga emas selama beberapa tahun.

Iklan

Baca juga Kanak-kanak 3 tahun maut dijumpai dalam mesin basuh, ini panduan ibu bapa

6. Falco memujinya sebagai wanita “moden” dan “biarawati yang berjiwa besar.”

7. Rekod Dunia Guinness menobatkan Lucile sebagai orang Perancis kedua tertua dan orang Eropah kedua tertua pernah direkodkan. “Adalah satu penghormatan untuk merekodkan kisahnya dalam halaman buku Rekod Dunia Guinness, dan nama Lucile akan terus terpahat dalam sejarah sebagai manusia keempat tertua.”

8. Selepas kematiannya, Maria Branyas Morera yang tinggal di Sepanyol kini menyandang gelaran manusia tertua di dunia pada usia 115 tahun.

Iklan

Sumber: dailymail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.