PENGHASILAN susu ibu lazimnya akan berlaku selepas proses kelahiran. Malah dalam situasi tertentu, susu ibu telah dihasilkan sejak beberapa bulan akhir kehamilan.

Seorang ibu, Linda Jones mengalami perkara yang yang tidak dijangka selepas melahirkan bayi kembar tiga.

Dia tidak pernah membayangkan bahawa dia akan menjadi viral kerana berkongsi video TikTok tentang ketiaknya yang dipenuhi susu ibu.

Jones melahirkan kembar tiganya, seorang perempuan dan dua lelaki yang seiras pada usia kandungan 34 minggu.

Baca juga: [VIDEO] Tergamaknya, kanak-kanak 3 tahun berdepan detik cemas dicampak ibu ke dalam kandang beruang

Seperti yang diceritakan kepada Insider, dia pada mulanya tidak dapat menghasilkan susu. Tetapi pada hari ketiga selepas bersalin, payudara dan ketiaknya mula mengalami bengkak.

Jones tidak terkejut kerana dia pernah mengalami perkara yang sama ketika kelahiran tiga kehamilannya yang terdahulu. Namun ia tidak berpeluang mendapatkan penjelasan daripada mereka yang pakar.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan tiga anak pertama saya yang lain, saya menderita dalam diam di rumah.

“Melahirkan kembar tiga melalui pembedahan Caesarean menyebabkan tempoh penginapan saya di hospital lebih lama. Justeru, kali ini saya dapat merujuk jururawat dan pakar laktasi sebaik sahaja mengalami bengkak susu,” katanya.

Ibu kebiasaannya akan mengalami bengkak susu pada beberapa hari pertama penyusuan sehingga badan mengadaptasi dengan pengeluaran susu dan hormon.

Menurut perunding laktasi antarabangsa (IBCLC) dan Naib Presiden Persatuan Perunding Laktasi New York, Leigh Anne O’Connor, tisu payudara yang merebak ke bahagian ketiak boleh menyebabkan ia bengkak semasa ibu mengalami bengkak susu.

Jones mula mendokumentasikan kehamilannya di Instagram dan TikTok.

Iklan

Baca juga: Doktor kongsi detik cemas lihat wajah biru bayi tersedak susu. Berikut nasihatnya kepada semua ibu bapa

“Jarang untuk melihat kelahiran bayi kembar tiga. Dengan pengalaman IVF saya dan kehamilan unik ini, saya berkongsikan ia di laman sosial untuk mewujudkan kesedaran orang ramai,” katanya.

Sungguhpun begitu, dia terkejut apabila videonya mengenai susu pada ketiak mendapat lebih setengah juta tanda suka.

Tisu payudara sebenarnya memanjang sehingga ke ketiak dan itulah punca Jones mengalami pembengkakan hingga ke bawah lengan.

Iklan

Tuam sejuk pada payudara dan ketiak serta kerap menyusukan bayi untuk mengurangkan pembengkakan.

Bagaimanapun jika ibu selepas bersalin meggalami demam, tanda jangkitan atau rasa menyakitkan pada benjolan, mereka disarankan mendapatkan rawatan perubatan segera.

Baca juga: Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Insider, Today.com