SELALU kita lihat mana-mana anjuran fun run, peserta bebas berlari dengan gaya santai untuk jarak lebih kurang 5 kilometer atau lebih.

Kalau nak lagi esktrem, kebanyakan penganjur akan selitkan beberapa cabaran seperti pertandingan Iron Man yang memerlukan peserta berenang, berbasikal dan marathon.

Fuh! Hanya mereka yang bukan biasa-biasa jer boleh habiskan semua syarat.

Namun, aktiviti unik yang menjadi tradisi lebih 500 tahun di Olney, England menjadi bualan ramai apabila ia hanya disertai wanita jer.

fun run pankek

Lagi lucu, setiap orang akan membawa fry pan dan pankek sambil berpakaian berwarna-warni, lengkap apron dan penutup kepala.

Bagi melayakkan diri sebagai pemenang, setiap individu perlu membalikkan pankek di sepanjang larian tanpa gagal.

 

Itulah larian pancake yang masih dianjurkan di tengah ibu kota Inggeris tersebut sempena Shrove Tuesday.

Lapor ABC News, upacara warisan tersebut masih disemarakkan komuniti setempat khususnya di kawasan bandar bagi menonjolkan bakat masing-masing.

fun run pankek

Menariknya, rata-rata peserta teruja menyertainya meskipun itu satu larian yang disifatkan kerja gila.

Seorang ibu anak empat, Kaisa Larkas, 44, berkata, ia satu jarak yang mencabar apabila perlu memastikan pankek tidak terjatuh sepanjang larian.

Baca juga Berlari sambil bergaya dengan kain sarung. Sarong Heritage Fun Run X SinarPlus memang vazz!

“Ia memang menyeronokkan apabila dapat melepasi halangan dalam masa 63.37 saat,” katanya yang dinobatkan sebagai peserta terpantas.

fun run pankek

Bukan setakat di England saja, tradisi tersebut juga diraikan di Amerika Syarikat khususnya di Kansas sejak 75 tahun lalu.

Di negara Uncle Sam itu, gelaran peserta paling laju menamatkan larian itu ialah Pamela Bolivar yang berusia 19 tahun.

fun run pankek

Iklan

Pelajar kolej yang juga pembantu jururawat berkenaan berjaya mencatat rekod 63.03 saat ketika melepasi garian penamat.

Baca juga ASICS GEL-KAYANO 30 terbaik untuk pelari, teknologi serba baharu lebih selesa, mudahkan larian

Barangkali, rahsia kejayaan peserta adalah mereka mempunyai skil untuk flip tanpa jatuh, stamina tinggi dan acuan kuih itu yang menjadi.

fun run pankek

Yalah, kalau yang jenis lembik, tak mustahil bentuknya mudah terlerai setiap kali aktiviti flip dibuat berkali-kali sepanjang 380 meter. Betul tak?

Untuk rekod, Olney antara pekan di Buckinghamshire yang terletak kira-kira 100 kilometer dari barat laut London yang masih meraikan tradisi tersebut hingga ke hari ini.

Iklan

Apa akan jadi agaknya jika keunikan larian tersebut dipraktikkan di tempat kita.

fun run pankek

Bayangkan emak-emak berlari bawa kuali sambil membalikkan lempeng. Aduh, pasti lucu, kan!🤣

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang