Wanita tengah cuba bergaya untuk bergambar maut jatuh setinggi 260 kaki

Wanita tengah cuba bergaya untuk bergambar maut jatuh setinggi 260 kaki
Wanita tengah cuba bergaya untuk bergambar maut jatuh setinggi 260 kaki
A
A
A

SEBUT sahaja OOTD (outfit of the day), mesti ramai yang suka lebih-lebih lagi kaum wanita.

Kadang-kadang mereka tidak menyedari 'port' bergambar yang dipilih mereka itu berbahaya.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita di Australia ini, yang dilaporkan terjatuh dari tempat

setinggi 260 kaki ketika sedang cuba bergaya untuk bergambar.

Menurut Mirror.co.uk memetik The Herald Sun, wanita berusia 38 tahun itu maut apabila tergelincir pada penghadang keselamatan dan jatuh dari Boroka Lookout Boroka Lookout di Victoria's Grampians National Park, Australia, sekitar jam 3 petang semalam.

Katanya, seorang pelancong dari Craigieburn, Melbourne, itu mengunjungi kawasan tinggi yang cantik itu bersama keluarganya.

Difahamkan, tragedi itu berlaku di hadapan saudara-mara yang kemudian ditinggalkan di tempat kejadian.

Wanita itu sedang mengambil gambar ketika dia jatuh.

Difahamkan, polis telah melakukan siasatan dalam kejadian itu tetapi kematiannya tidak dianggap

mencurigakan.

The Advertiser turut melaporkan, operasi bersama polis dan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) akan mengambil mayat wanita itu dari tempat kejadian.

Baca juga Pembebasan perogol terkenal di Korea Selatan cetus kemarahan

Seorang jurucakap SES berkata, "Pada mulanya ada rancangan untuk kami menghantar pasukan mencari dan menyelamat, tetapi kemudian kami menyedari betapa pentingnya kejadian itu."

Jurucakap itu menambah bahawa wanita itu jatuh "sekurang-kurangnya" 80 meter.

Helikopter Victoria Police Air Wing juga berada di tempat kejadian tragis itu.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang