MAJLIS menyambut menantu buat anak tersayang menjadi satu keraian yang menggembirakan semua pihak.

Pun begitu, bagaimana pula jika menantu yang diraikan rupa-rupanya anak perempuan yang hilang satu ketika dahulu?

Ya! Agak pelik bunyinya, tetapi itulah yang benar-benar berlaku di Suzhou, China baru-baru ini.

anak hilang

Lapor mothership.sg, seorang wanita yang menghadiri majlis resepi anaknya terkejut melihat tanda lahir pada tangan bakal menantunya.

Teringat ia (tanda lahir) sama dengan anak perempuannya yang hilang sejak 20 tahun lalu, membuatkan wanita itu memberanikan diri untuk bertanyakan sesuatu.

“Adakah anak ini anak angkat?.”

Itulah pertanyaan yang membuatkan bakal besannya terkejut kerana tiada siapapun yang tahu rahsia yang disimpan selama ini.

Akhirnya, terlerai semua tanda tanya apabila keluarga pengantin perempuan mengakui kebenaran itu.

Apa yang lebih menggembirakan bukannya majlis perkahwinan tersebut, tetapi kegembiraan dapat bertemu ibu kandung yang lama terpisah.

anak hilang

Keluarga angkat wanita berkenaan kemudian menceritakan bahawa anak itu dijaga seperti anak sendiri selepas ditemui seorang diri di tepi jalan.

Kisah pertemuan dua beranak yang tidak disangka-sangka itu menarik perhatian warganet seluruh dunia kerana ia disifatkan ‘satu kebetulan’ yang luar biasa.

Pun begitu, ramai yang beranggapan perkahwinan tersebut tidak boleh diteruskan kerana dikatakan berkahwin dengan adik beradik sendiri.

Iklan

Ada juga yang menulis komen, bagaimana boleh bercinta dengan saudara sendiri?

Tidak kurang juga, masih ramai tidak percaya kebetulan yang berlaku.

Namun, sebenarnya amai yang bersyukur penantian ibu kandung akhirnya berakhir.

KEJUTAN PENGANTIN LELAKI

Ingatkan pengantin perempuan sahaja ada ceritanya. Rupa-rupanya pengantin lelaki turut mengejutkan ramai kerana beliau juga adalah anak angkat kepada warga emas terbabit.

Iklan

Wanita tersebut membuat keputusan untuk mengambil anak angkat selepas berputus asa mencari anak perempuannya yang gagal dikesan bertahun-tahun.

Jadi, tidak timbul isu kepada pasangan pengantin tersebut tiada pertalian darah langsung.

Hebatkan percaturan takdir? Anak yang hilang disangka sudah tiada di dunia, akhirnya muncul depan mata pada majlis yang menggembirakan.

Mungkin inilah dikatakan kebetulan ketentuan yang indah.