WANITA tinggalkan tunangnya gara-gara lelaki itu jadi tantrum tak dibelikan jam tangan! Macam susah nak percayakan, tetap hal ini memang kerap berlaku dalam kalangan pasangan yang sedang hangat bercinta dan yang baru kahwin.

Lapor Newsweek, seorang wanita di Amerika Syarikat secara terbuka telah menulis dalam platform Reddit dan berkongsi kisah sedihnya itu.

Katanya, hubungan beliau dan tunangnya yang dikenali sebagai Aaron sangat baik, kecuali membabitkan soal kewangan.

“Aaron sangat boros kerana suka membeli jam tangan, gajet, aksesori kereta dan sebagainya. Apabila dia tidak bekerja, saya dijadikan mangsa untuk menunaikan kehendaknya,” ceritanya.

Setiap kali ke pusat beli-belah, lelaki itu akan memintanya untuk membeli barangan yang mahal. Jika tidak dituruti, tunangnya akan mula memberontak.

“Bagi mengelakkan sebarang kekacauan, saya terpaksa mengalah,” katanya sambil memberitahu, beliau pernah meluahkan rasa tidak puas hati pada tunangnya, namun kelakuan sama tetap berulang.

Kemuncaknya, apabila Aaron tanpa ada perasaan selamba meminta wanita tersebut  membelikan jam tangan yang berharga RM1,484.

Baca juga Anak tantrum: Jangan panik, ini 4 cara tenangkan mereka

Melihat kepada permintaan, beliau terpaksa berbohong dengan mengatakan bahawa wangnya hanya cukup untuk membeli hadiah ayah tersayang.

“Ketika itu, Aaron tiba-tiba mempersoalkan adakah saya menyayangi ayahnya melebihi dirinya dan mula menengking saya. Kejadian itu mendapat perhatian orang sekeliling dan saya telah bertindak untuk meninggalkannya di situ terus,” kongsinya.

TEKNIK KAWAL TANTRUM

Dalam pada itu, luahan wanita berkenaan dalam platform Reddit mendapat lebih 9,600 sokongan dan 2,000 komen daripada pengguna.

Rata-rata netizen menggalakkannya untuk berpisah dengan tunang beliau.

Tidak dinafikan, susah untuk mengawal orang yang mengalami tantrum. Jika tidak kena cara, lagi memberontaklah mereka.

Pada kesempatan ini, Sinarplus ingin nyatakan cara yang boleh dilakukan orang dewasa untuk mengatasi tantrum seperti yang dikongsikan portal Kompas:

Iklan

i) Ketahui perkara yang mencetuskan tantrum dan cuba untuk elakkan.

ii) Simpan diari untuk mengetahui pencetus ia berlaku.

iii) Berlatih untuk tenang.

iv) Amalkan kemahiran komunikasi yang baik

Iklan

v) Berunding dengan profesional, seperti ahli psikologi dan pakar psikiatri.

Hmm…bagaimana? Boleh follow? Kepada yang memiliki kekasih yang ada sifat tantrum, boleh guna teknik yang dinyatakan.

Namun, kalau susah sangat, anda tahukan apa yang perlu dilakukan demi masa depan yang lebih cerah?  🙂

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan