Warga emas rebah disangka tekanan darah tinggi, rupanya ini punca hingga bawa maut. 'Pastikan gigi sentiasa dalam keadaan baik...'
PASAR yang biasanya meriah dengan suara jual beli bertukar sunyi seketika apabila seorang wanita tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri dan mengejutkan pengunjung serta peniaga yang berada di lokasi.
Insiden menyayat hati itu berlaku pada 31 Mac lalu apabila seorang warga emas berusia 67 tahun dikatakan baru keluar dari tandas pasar namunn dalam keadaan lemah sebelum tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, seorang peniaga sekitar yang menyaksikan kejadian itu menyangka wanita yang di kenali sebagai Moi pengsan akibat masalah kesihatan seperti hipertensi.
Sementara itu, beberapa orang awam turut berlari untuk membantu dengan cuba menyedarkkannya menggunakan alat sedut, namun usaha tersebut tidak berjaya.
Pasukan penyelamat yang tiba tidak lama kemudian memberikan bantuan pernafasan kecemasan sebelum membawanya ke Hospital berdekatan.
Bantuan pernafasan kecemasan itu akhirnya mendedahkan bahawa terdapat gigi palsu yang tersekat dalam saluran pernafasan Moi dan usaha untuk mengeluarkannya sedang dilakukan.
Namun, usaha tersebut terlambat dan menyebabkan mendiang menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital.
Susulan pemergian mendiang, media tempatan mengeluarkan pengumuman awam mengingatkan pengguna gigi sementara agar sentiasa memastikan keadaan gigi palsu mereka dalam keadaan baik.
Kejadian menyayat hati ini bukan kali pertama berlaku di Thailand, yang mana seorang guru pesara hampir kehilangan nyawa akibat gigi palsu yang tergelincir ke dalam tekak, namun berjaya dikeluarkan oleh doktor tepat pada waktunya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
