'Arwah suka bergurau, mahu cium isteri sebelum koma...,'Lelaki meninggal dunia gara-gara gigi berlubang dan bernanah

No Image Caption
A
A
A

SAKIT gigi mungkin dianggap remeh, tetapi siapa sangka ia boleh membawa kepada komplikasi serius sehingga meragut nyawa?

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Indonesia apabila sakit gigi yang dianggap biasa akhirnya membawa kepada tragedi yang tidak diduga.

Menerusi perkongsian isterinya di TikTok, lelaki berusia 40-an itu dikatakan tidak pernah menjalani pemeriksaan gigi walaupun sering mengalami sakit berdenyut.

Sebaliknya, dia hanya bergantung pada ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan.

Suatu hari, Mochamad Firmasyah mengalami bengkak pada pipi dan mengambil langkah menampal koyok di bahagian tersebut, dengan harapan rasa sakit akan berkurang.

"Pagi-pagi seperti biasa pergi kerja terus bilang leher bengkak dan kirim gambar.

"Dikira sakit gigi biasa makanya pipi ditampal koyok," katanya.

Artikel Berkaitan:

Namun, keadaannya bertambah buruk apabila bengkak mula membesar sehingga menyukarkan menjalani aktiviti harian.

"Namun esok bengkak semakin merebak sehingga tidak dapat makan dan minum dan susah untuk bernafas," luahnya.

Gelisah dengan penderitaan suaminya, wanita yang dikenali sebagai Amanda Prawiria segera membawa Firmasyah ke wad kecemasan.

Malangnya, selepas diberi rawatan neb, mereka diminta pulang tanpa sebarang pemeriksaan lanjut mengenai masalah gigi berlubang yang dihidapi.

"Dibawa ke wad kecemasan, melakukan neb dan diminta untuk pulang setelah diberikan sakit kerana keradangan.

"Suami juga tidak memberitahu ada gigi berlubang jadinya doktor di suruh pulang," tambahnya.

Bagaimanapun, keadaan Firmasyah semakin parah hingga menyukarkannya untuk makan dan tidur.

Firmasyah dibawa sekali lagi ke wad kecemasan pada hari yang sama, Amanda menceritakan tentang masalah gigi suaminya hingga membawa penemuan yang mengejutkan.

Hasil pemeriksaan doktor jangkitan dari gigi berlubang telah merebak ke bahagian leher dan bahu suaminya.

Doktor segera menempatkan Firmasyah di unit rawatan rapi (ICU) untuk menjalani pembedahan.

"Doktor berkata ada nanah dan perlu melakukan operasi dengan segera.

"Dibawa untuk melakukan x-ray gigi dan paru-paru dan hasilnya bengkak bukan disebabkan keradangan namun berjangkit dari nanah hingga merebak ke leher dan bahu," tulisnya.

Namun, selepas dua hari menjalani operasi, si suami yang disangka akan sembuh terpaksa ditidurkan kerana keadaan kesihatannya semakin merosot.

Lebih menyedihkan, suaminya yang sepatutnya sedarkan diri selepas kesan ubat pelali hilang akhirnya koma sebelum menghembuskan nafas terakhir pada hari keempat.

Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian dunia yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan bersama dua cahaya matanya.

Meninjau ruangan komen, seorang jururawat berkongsi bahawa arwah dikenali sebagai sosok yang ceria dan gemar bergurau, bahkan sempat menulis nota ingin mencium isteri serta kedua puteranya sebelum pergi buat selama-lamanya.

"Ini pesakit saya, orangnya suka bergurau. Kali terakhir sebelum dia mahu koma, arwah sempat menulis mahu mencium isteri dan kedua anaknya," kongsinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang