SEJAK hampir dua tahun Covid-19 mula menjangkiti manusia, ia telah meragut berjuta-juta nyawa dan pelbagai varian juga telah ditemui.
Terbaru, varian dinamakan Omicron diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian yang membimbangkan (variant of concern – VOC).

Namun apa yang lebih membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini mengesahkan varian Omicron telah dikesan di 23 negara dan dijangka jangkitannya terus meningkat.

Menurut Ketua Pengarahnya, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pihaknya memandang serius kemunculan varian itu dan menggesa setiap negara untuk berbuat perkara yang sama.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ujarnya, kemunculan varian Omicron telah menarik perhatian global. Sekurang-kurangnya 23 negara di lima daripada enam wilayah WHO kini telah melaporkan kes Omicron dan dijangka jumlah itu akan terus meningkat.

omicron

Katanya, WHO sangat mengambil serius perkembangan tersebut dan begitu juga sepatutnya setiap negara, tetapi ia tidak sepatutnya mengejutkan semua.

Sementara itu, Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi kategori terhadap varian Omicron sebagai varian membimbangkan selepas ia didedahkan penyelidik di Afrika Selatan minggu lalu.

Tambahnya, larangan perjalanan akan memberi kesan kepada kerjasama global terhadap varian Omicron baharu.

Iklan

Baca juga Gigih berbasikal ke hospital untuk bersalin, ahli Parlimen New Zealand ini buat ramai kagum

Iklan

Malah, beliau juga berkata ia akan beri cabaran kepada perkongsian sampel makmal dari Afrika Selatan yang boleh membantu mendapatkan maklumat yang lebih baik pada varian baharu itu.

Beliau berkata sebegitu setelah banyak negara bertindak balas dengan menangguhkan penerbangan dari tujuh negara Afrika Selatan.

Dr Tedros menggesa campur tangan “disesuaikan” oleh negara-negara, termasuk menguji pelancong sebelum dan selepas mereka tiba di sesebuah negara.