Wow! Dapat anak lembu, emas jika daftar dapatkan vaksin Covid-19

A
A
A

MACAM-MACAM cara dan memang rare! Itu yang boleh disimpulkan apa yang terjadi di negara jiran kita.

Dalam usaha untuk meningkatkan kadar inokulasi, pihak berkuasa wilayah di Thailand menawarkan berbagai hadiah daripada perhiasan emas sehinggalah anak lembu sebagai cabutan bertuah kepada mereka yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Dengan erti kata mudah, penduduk di Mae Chaem, sebuah daerah di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu jika mendaftar untuk suntikan itu!

Sementara penduduk di daerah Phon di Khon Kaen pula pejabat perbandaran menawarkan perhiasan emas dan memberikan potongan harga di restoran dan kedai tempatan kepada pemenang bertuah.

Ketua Daerah Mae Chaem, Boonlue Thammanurak berkata, sejak cabutan bertuah dilancarkan, seramai 4,506 orang atau 40 peratus daripada 11,513 mereka yang berisiko sudah mendaftar untuk vaksin Covid-19, lapor The Nation.

Setiausaha Tetap wilayah Chiang Mai, Kanok Srivichainan berkata, program promosi vaksinasi Mae Chaem akan berlanjutan sehingga 70 peratus penduduk daerah itu divaksinasi.

Katanya, daerah Chiang Mai menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus daripada 1.73 juta penduduk mulai bulan depan untuk mencapai imuniti kelompak.

Artikel berkaitan: Melihat rakan di England sihat, pemuda tidak lepas peluang rebut slot vaksin AstraZeneca

Sehingga 19 Mei, Thailand telah memberikan 2.54 juta dos vaksin di seluruh negara.

Sumber: BERNAMA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang