IMPAK iklan Trivago kepada empunya nama, Dahlia Shazwan sememangnya telah membawanya menerjah gelanggang populariti yang tidak pernah terlintas dalam benak fikirannya.

Bukan sahaja orang dewasa malah pemimat cilik pun akan terpegun seketika melihat wajah dan suara Dahlia tatkala iklan itu muncul menerusi layar kaca sejak tahun 2016. Anak kesayangan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid pun antara yang teruja melihat kelibatnya.

Seluruh jiwa yang ditumpahkan untuk memberi yang terbaik dalam iklan berkenaan, nampaknya berhasil. Barangkali, sehingga ke hari ini, Dahlia tidak berhenti mengungkap ucapan syukur dengan kejayaan yang dikecapinya. Masakan tidak, jolokan ‘Gadis Trivago’ masih melekat sekali gus menunjukkan keutuhan pengaruh diri Dahlia dalam dunia pengiklanan.

Puas diulit kerdipan bintang dalam dunia glamor, Dahlia berkata, dirinya umpama memperoleh kekuatan luar biasa sebaik menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

dahlia

Iklan

Ingin mengetahui kisah lanjut perjalanan transisi Dahlia? Ikuti perkongsian beliau dengan melayari E PAPER SINAR PLUS terbitan Sinar Harian secara digital pada setiap minggu.

Iklan

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat dan gaya hidup turut disajikan antaranya, Duda Merana Hilang Isteri, Anak Pula Derita Leukimia dan Di Sebalik Kisah Kuih Che Abbas Demam.