SELEPAS sebuah kedai peralatan sukan di Sunway Pyramid ditutup baru-baru ini selepas seorang kakitangannya yang mempunyai rekod perjalanan ke tempat lain disahkan positif COVID-19, kini dua buah lagi pusat beli-belah menerima nasib sama.

Kedua-duanya terletak di 1 Utama Shopping Centre di Petaling Jaya, Selangor dan Setia City Mall, Shah Alam.
1 Utama dalam satu kenyataan rasmi menerusi laman Facebooknya berkata, seorang kakitangan yang juga pekerja jenama kosmetik Estee Lauder di Parkson disahkan positif Covid-19.

Sehubungan itu, para pekerja yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa telah diminta menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri selama 14 hari.Kenyataan itu juga memberitahu, buat sementara waktu kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.(Artikel berkaitan:

Berikut kenyataan 1 Utama Shopping Centre:

 

Lagi kes babitkan pusat beli-belah, kali ini di 1 Utama dan Setia City Mall
PROSES sanitasi yang dijalankan di 1 Utama Shopping Centre. Gambar Facebook 1 Utama Shopping Centre

Covid-19 di Setia City Mall

Nasib yang sama turut menimpa pada pusat beli-belah yang terkenal dalam kalangan penduduk Shah Alam dan Klang, tidak lain tidak bukan, Setia City Mall.

Dalam satu kenyataan rasmi mereka, Setia City Mall berkata, pihaknya menerima laporan pada hari ini bahawa terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja di Fitness First.

Iklan

“Justeru, kontak rapat pekerja dalam premis berkenaan akan menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri selama dua minggu,” katanya kenyataan itu.

Berikut kenyataan penuh pihak pengurusan Setia City Mall:

Iklan

Kepada orang ramai yang pernah singgah kedua-dua lokasi spesifik yang dinyatakan, sila ambil langkah susulan ya! Segera ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Ayuh!