10 cara halau siput babi pada tanaman, nombor 4 paling mudah
MUSIM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini ramai memilih untuk bercucuk tanam bagi mengisi masa terluang.
Tidak kiralah tanaman bunga-bungaan atau sayuran, asalkan boleh melakukan hobi yang lama tersimpan tu kan.
Namun, bila dah penat bercucuk tanam, sekali semua hasilnya kena makan dengan siput.
Siput babi atau nama saintifiknya Achatina Fulica juga dipanggil dengan mesra sebagai siput taman.
Mana tak marahnya kalau kita dah tanam bunga atau sayuran cantik-cantik di halaman, tiba-tiba habis daunnya dah bergerigi dan mati dimakannya.
Aduhai! Sebelum korang hilang sabar dengan semua siput yang ada dekat taman atau kebun tu, mari kita tengok petua-petua yang ada untuk menghalau dan mengatasi masalah siput korang.
1) Kutip saja semuanyaNi kira cara yang paling mudah untuk mereka yang tak geli dengan siput tu. Nama pun siput, jadi bergeraknya pun perlahan ya amat!
Senang sangat nak pergi kutip saja siput-siput tu dan buang lah dekat tempat lain.
Lagi satu cara mungkin ada yang rasa kejam sikit tapi boleh kumpulkan semua siput tu dan bakar saja. Pada yang tak sampai hati tu, tak perlu lah ikut cara ni tau!
2) Pasang perangkap siput
Tak sangka siput pun boleh ada perangkap kan? Korang jangan pergi ambil perangkap tikus pula ya nak tangkap siput ni.
Caranya pun mudah sangat dan anda boleh buat sendiri saja.
Ikut saja langkah-langkah di bawah ni untuk membuat perangkap siput:
- Pertama sekali, isikan air ke dalam satu bekas (boleh guna baldi kecil).
- Campurkan jus anggur cordial atau perahkan buah anggur.
- Campurkan ½ sudu kecil yis.
- Campurkan 1 sudu besar gula.
- Letakkan bekas dengan campuran tu semalaman di halaman rumah.
- Keesokannya, cuba periksa bekas dan anda pasti akan jumpa siput-siput dekat dalam tu.
- Perangkap ni menjadi sebab siput akan tertarik dengan bau yis tu dan akan pergi memanjat bekas tersebut. Lepas tu, siput tu semua akan jatuh ke dalam bekas dan tenggelam di situ.
Satu cara lagi untuk memerangkap siput ialah dengan meletakkan tepung jagung ke dalam bekas yang rata dan letakkan kobis di situ.
Bila siput pergi untuk memakan kobis, ia akan terkena tepung jagung yang akan mengembang dan menyebabkan siput tu mati.
3) Gunakan tembagaSiput ni tak suka pada logam sebab bila lendirnya yang melekit tu terkena logam, si siput tu akan terkejut macam kena renjatan eletrik!
Memang siput akan cabut lari dengan cepat, tapi tak cepat mana lah kan sebab lembab juga jalannya. Jadi, dekat mana nak dapatkan benda ni?
Biasanya anda boleh cari di kedai-kedai yang menjual racun perosak. Tembaga ni sejenis pelekat yang korang boleh letakkan di sekeliling tanaman.
Takpun guna saja duit 20 sen atau 50 sen yang warna kuning tu. Senang kan?
4) Kulit telur
Banyak juga serangga atau haiwan perosak yang tak sukakan kulit telur ni sebenarnya.
Pertama sekali, kena keringkan dulu kulit telur (boleh jemur bawah cahaya matahari atau letak je dalam oven sekejap).
Bila dah kering betul-betul, hancurkan kulit telur tersebut menjadi kepingan kecil-kecil supaya ada bucu dan sisi yang tajam. Lepas tu, boleh letakkan pada sekitar tanaman yang siput selalu serang.
Permukaan yang tajam ini biasanya tak akan disukai oleh siput dan mereka akan mengelakkan diri dari melalui kawasan tersebut.
Di samping itu, kulit telur boleh menjadi satu sumber bekalan kalsium kepada tanaman.
5) Air kopiSiput selalunya tak sukakan kopi sebab kafein yang ada dalam kopi tu boleh membunuh siput.
Kajian ini telah dijalankan oleh satu badan bernama Natural Slug Control yang mana telah menunjukkan bila siput atau slug di sembur dengan cecair yang mengandungi kafein, ianya boleh membunuh mereka.
Tanaman yang disembur dengan cecair ni pun menghalang siput dari memakannya. Di samping itu, serbuk kopi yang asli merupakan sumber nitrogen organik kepada pokok.
Tapi, korang jangan guna serbuk kopi 3-in-1 tu pula. Dekat dalam tu dah ada bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan keasidan tanah bertambah, dan boleh menyebabkan pertumbuhan tanaman terencat!
6) Haiwan pemangsa
Kehadiran siput boleh juga dihalang dengan memelihara atau membiarkan kehadiran haiwan lain yang merupakan pemangsa kepada siput.
Contohnya macam katak, kura-kura, mengkarung, itik, ayam, atau burung.
Tapi, korang kena ingat yang haiwan pemangsa ni pun boleh juga menyebabkan kerosakan kepada tanaman, jadi perlulah diawasi selalu, okay!
7) Garam EpsomGaram ini boleh didapati di mana-mana farmasi. Cara nak guna garam Epsom ni ialah dengan menabur pada di pangkal keliling tanaman anda.
Apabila siput terkena garam tu, kulitnya yang lembab tu akan menjadi kering dan menyebabkan kematian.
Di samping itu, garam Epsom juga boleh membekalkan sumber magnesium kepada tanaman.
Selain dari garam Epsom, anda boleh juga gunakan habuk kayu, batu kerikil, bedak, pasir atau abu yang diletak pada pangkal pokok untuk mengelakkan kehadiran siput.
Baca juga Disebabkan PKP, Unifi TV tawar akses percuma sehingga 1 Februari
8) Selalu menggemburkan tanah
Aktiviti ini boleh menyebabkan telur-telur siput yang ada di dalam tanah terkeluar dan mati.
Di samping menyuburkan tanah dengan memberi pengudaraan yang baik kepada akar tanaman, ianya sekali gus boleh mengawal pembiakan siput yang tak disedari.
9) Tanam tanaman yang tidak digemari siputSelalunya siput ni kurang gemar pada dedaun yang tebal dan mempunyai bau yang wangi, seperti Daylily, Ferns, Hydrangea, Lavender, Bunga Raya, Daun Pudina, Rosemary, Fenel, Parsley, Daun Selasih dan Chives.
Bawang putih pun boleh digunakan dengan berkesan bagi menghalang dan membunuh siput. Pecahkan beberapa biji bawang putih dan rendamkan di dalam air untuk beberapa jam supaya bahan yang dipanggil Allicin masuk ke dalam air tersebut.
Nah, sekarang air tersebut sudah sedia untuk digunakan sebagai semburan kepada tanaman untuk menghindar dari siput mendekatinya!
10) Racun siput
Racun siput ni boleh dibeli di kedai-kedai hardware saja, atau paling mudah, beli saja online.
Macam-macam jenis yang anda boleh cari seperti Siputox, Esaro, dan pelbagai lagi. Nasihat yang pakar, pilihlah mana-mana racun yang mempunyai review yang tinggi.
Macam-macam cara sebenarnya ada di luar sana untuk menghindari tanaman kita dari gangguan siput.
Secara jujurnya, korang perlu amalkan penjagaan berterusan untuk memastikan halaman dan tanaman anda sentiasa sihat dan bebas dari siput perosak.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Sumber: Propertyguru
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang