K-DRAMA semakin mendapat tempat di hati penonton sehingga banyak ditayangkan di kaca TV. Tambahan pula kini, terdapat banyak website yang boleh korang boleh pilih untuk tonton drama-drama hebat secara online ikut kesesuaian masa korang sendiri.

Setiap bulan pastinya peminat K-Drama menantikan drama-drama terbaru.

Buat die hard fan K-drama berita baik buat korang! Julai ini, khabarnya ada lebih kurang 10 buah drama terbaru yang bakal muncul.

Jom kita lihat antara drama yang bakal menyerikan hari-hari korang nanti supaya tak suram atau krik krik sangat kat rumah tu.

1. She Knows Everything

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

Dibintangi oleh Kang Sung Yeon dan Jo Han Sun, cerita ini mengisahkan tentang kejadian misteri yang terjadi di sebuah apartmen yang akan dibangun. Lee Goong Bok (Kang Sung Yeon) bekerja sebagai ejen real estate yang menjual apartmen tersebut dan dia juga seorang yang suka mencampuri urusan orang lain.

2. Memorials

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

Drama produksi KBS ini adalah comeback Nana dalam kaca televisyen. Memegang watak sebagai Goo Se Ra, seorang perempuan miskin yang berperwatakan ceria. Sifatnya itu menjadikan Se Ra dikenali di tempat kerjanya.

Berlainan pula dengan Seo Kong Myung (Park Sung Hoon) yang merupakan seorang pegawai yang berkarakter dingin. Kedua-dua mereka akhirnya bekerjasama untuk menangani masalah pejabat yang mengamalkan rasuah.

3. Train

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

Seperti drama The King Eternal Monarch, drama siri Train ini juga menceritakan tentang dunia pararel yang mengisahkan tentang seorang detektif berpangkat tinggi kehilangan wanita yang dicintainya kerana pembunuh bersiri.

Disebabkan oleh itu, usahanya menjejak kisah di sebalik pembunuhan tersebut telah membawa dirinya ke dunia yang berbeza.

4. Men Are Men

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

Seo Hyun-Joo (Hwang Jung-Eum) bekerja sebagai ketua pasukan perancangan komik web. Dia memutuskan untuk tetap bujang selama-lamanya, tetapi telah ditawan oleh cinta dua lelaki, iaitu Hwang Ji-Woo (Yoon Hyun-Min) dan Park Do-Gyeom (Seo Ji-Hoon).

Adakah disebabkan lelaki-lelaki ini dia bakal mengubah prinsipnya untuk tetap akan bujang selamanya?

5. The Good Detective

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

Drama penyiasatan ini mengisahkan tentang seorang detektif, Kang Do Chan (Son Hyun Joo) yang sdah bekerja selama 18 tahun dan menjadikan pengalamannya, hubungan peribadi dan teknik saintifik bagi menyelesaikan kes siasatan.

Lain pula dengan Oh Ji Hyeok yang merupakan seorang detektif elit yang menyiasat kes menggunakan buktik dan teknik psikologi terhadap penjenayah.

6. Did We Love

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

No Ae Jung (Song Ji Hyo) adalah seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai penerbit di sebuah perusahaan filem ternama di Korea Selatan. Setelah 14 tahun tidak menjalinkan hubungan cinta, tiba-tiba dia didekati oleh empat orang pemuda.

Iklan

Keempat-empat lelaki tersebut adalah Oh Dae O (Son Ho Jun) seorang penulis novel misteri, Ru Jin (Song Jong Ho) seorang pelakon terkenal, Koo Pa Do (Kim Min Jun) bekas gangster yang kini menjadi CEO syarikat kewangan dan Oh Yeon Woo (Koo Ja-Sung) merupakan guru sukan.

Di antara keempat-empat lelaki ini, siapa yang berjaya merebut hati No Ae Jung?

7. Flower of Evil

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

Cha Ji-Won (Moon Chae-Won) merupakan detektif yang sudah mendirikan rumahtangga selama 14 tahun bersama Baek Hee-Sung (Lee Jun-Ki) dan mempunyai seorang anak perempuan. Perkahwinan mereka nampak sempurna namun sebenarnya dia berpura-pura mencintai isterinya.

Hee Sung dilihat seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab tetapi dia seakan menyembunyikan identiti sebenar kerana dia mempunyai kisah silam yang tragis dimana dahulunya dia adalah seorang pembunuh bersiri.

Lelaki itu hidup menggunakan identiti penyamaran dan berjaya memperdayakan isterinya. Namun begitu, Cha Ji Won mengetahui tipu daya suaminya itu dan mula menjejaki kisah silam Hee Sung.

8. Elegant Friends

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

Iklan

Elegant Friends menceritakan tentang pembunuh di sebuah bandar yang kebanyakannya dihuni oleh pasangan suami isteri berusia 40-an. Ahn Goong Cheol (Yu Jun Sang) dan Nam Jung Hae (Song Yoon Ah) pada mulanya menjalankan kehidupan yang aman tanpa sebarang konflik. Namun, semuanya berubah apabila berita pembunuhan mulai tersebar.

Akibat daripada itu, perhubungan persahabatan mereka yang sudah terjalin selama 20 tahun mulai retak.

9. My Prettiest Moments

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

Cinta tiga segi yang melibatkan Ye Jin dan pasangan kembar Seo Hwan (Ji Soo) dan Seo Jin (Ha Seok Jin) boleh dikatakan agak unik. Wanita yang mempunyai hati yang baik dan bersikap optimistik ini mengimpikan sebuah kebahagian luar biasa namun berlaku sebaliknya apabila dia berhadapan dengan cinta tiga segi dengan seorang pasangan kembar.

10. Twenty-Twenty (2020)

10 drama terbaru Korea bakal ditayangkan bermula Julai

Menceritakan tentang impian remaja berusia 20 tahun dalam berkongsi masalah yang mereka hadapi ketika meningkat dewasa. Pertemuan diantara Lee Hyun Jin dan Chae Da Hee menjadikan mereka lebih matang serta berusaha untuk menemukan dunia mereka sendiri.

Okay tak sabar nak tunggu drama-drama terbaru Korea bulan ni. Kalau korang nak tengok, pandai-pandailah usha di online ya. Agak-agak korang siapa yang bakal trending nanti? Ops okey tak payah teka. Kita sama-sama tunggu. Haha