BEBERAPA rakaman video yang memaparkan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, Selangor berlegar dan tular di laman sosial.

Berlaku secara tiba-tiba, warga maya rata-rata meluahkan kebimbangan dan simpati kepada keluarga mangsa.

Baca juga: [VIDEO]”Betul-betul depan kami tanah runtuh tu” – Lelaki kongsi tragedi di Bukit Fraser

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pasukan Bomba Sukarela dan Jabatan Sukarelawan Rakyat bagi mengesan mangsa yang tertimbus.

Memetik perkongsian Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia di laman sosial Facebook rasmi, kejadian tanah runtuh yang berlaku pada kira-kira jam 5.30 petang itu mengakibatkan 15 buah kediaman dan 10 kenderaan tertimbus.

Tragedi menyayat hati itu juga menemukan empat mangsa maut manakala seorang mengalami kecederaan.

DETIK KEJADIAN 

Berikut adalah detik-detik akhir kejadian yang dilihat saksi seperti yang dilaporkan Bernama.

– Difahamkan kejadian tanah runtuh berlaku sebanyak dua kali disertai hujan gerimis.

– Penduduk Taman Bukit Permai 2, Azril Sham Mohamed, 50, dia baharu sahaja pulang dari tempat kerja sekitar jam 6 petang sebelum dikejutkan bunyi dentuman kuat berpunca daripada tanah runtuh.

“Saya segera memanggil isteri dan anak untuk diselamatkan dan bawa mereka ke tempat yang selamat,” katanya.

– Ia adalah pertama kali berlaku sepanjang 13 tahun menetap di kawasan berkenaan.

Iklan

– Dalam pada itu, pekerja syarikat penyelenggaraan utiliti, Angeozeel Andrew, 21, dia bersama tiga lagi rakan menaiki dua buah lori untuk melakukan kerka-kerja penyelenggaraan di lokasi tersebut pada jam 4.30 petang.

“Ketika mahu memulakan kerja-kerja penyelenggaraan, tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan kami masuk semula ke dalam lori,” katanya.

– Angeozeel bersama seorang rakan masuk ke dalam lori yang diparkir kira-kira 10 meter jaraknya daripada lori kedua yang dinaiki dua lagi rakan sekerja.

– Seorang rakannnya sempat merakam gambar sekitar lokasi untuk dihantar kepada juruteknik.

“Kami berehat di dalam lori dan tidak lama kemudian saya mendengar dentuman kuat seperti petir sebelum saya menoleh ke belakang dan melihat lori mereka ditimbus tanah,” katanya.

– Angeozeel bersama dua rakan keluar dari lori untuk menyelamatkan diri.

Iklan

– Bagaimanapun kelibat rakannya yang merakamkan gambar lokasi tidak dilihat keluar dari lori berkenaan.

MANGSA 

1.Lelaki warga emas berusia 84 tahun dikeluarkan pada jam 6.54 petang hanya mengalami cedera ringan.
2.Mangsa kedua iaitu isterinya mangsa pertama ditemukan pada jam 7.53 malam dalam keadaan tidak bernyawa dan mayatnya dapat dikeluarkan pada jam 9.15 malam.
3.Mangsa ketiga ditemui pada jam 10.58 malam.
4.Mayat mangsa keempat dan kelima merupakan pekerja syarikat pengurusan Air Selangor ditemui pada jam 12.46 tengah malam dan 1.59 pagi.

Tanah runtuh adalah bencana alam yang berlaku di sepanjang lereng bukit dan lereng curam.  Hujan berterusan dan tibanya musim tengkujuh meningkatkan lagi risiko insiden itu.

Terdahulu, lapan kenderaan rosak teruk ditimpa bongkah batu yang jatuh dari bukit berhampiran Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah, Ampang Jaya.

SinarPlus merakamkan ucapan takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat.

Kredit foto: Bernama 

Baca juga: Tragedi Tanah Runtuh Simpang Pulai-Cameron Highlands Ragut Dua Nyawa, Berikut Kronologi Kejadian

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI