9 hari selepas pembunuhan Siti Nur Surya...

A
A
A

PEMBUNUHAN kejam Siti Nur Surya Ismail yang berusia 19 tahun di Terengganu 2 November lalu pasti menjadi ingatan buat masyarakat negara kita.

Kes itu lebih menggemparkan apabila suspek pembunuhan adalah rakan baik mangsa sendiri yang kini berada dalam tahanan reman pihak polis.

Namun selepas sembilan hari kes pembunuhan itu, ini terjadi;

1. Perintah reman ke atas suspek bermula 3 November dan berakhir pada 9 November 2020.

2. Perintah reman ke atas suspek disambung seminggu lagi iaitu sehingga 16 November 2020.

3. Polis meneruskan siasatan membawa suspek di sebuah sungai di Telemong, Terengganu bagi mengesan barang kes yang dipercayai dibuang ke dalam sungai tersebut.

4. Sungai Telemong terletak di Kuala Pin, Hulu Terengganu.

5. Siasatan pada 10 November menggunakan khidmat Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga yang membantu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu.

6. Gambar suspek berpakaian lokap berwarna oren turut tular di media sosial dipercayai dibawa ke lokasi bahan bukti dibuang bagi membantu siasatan.

7. Sebelum ini, polis menemui senjata dipercayai pisau yang dibuang di tepi lebuh raya, tidak jauh dari lokasi pembunuhan tragis itu.

Artikel berkaitan: Ini kronologi pembunuhan kejam remaja ditetak, dikelar dan putus tangan

Suspek yang juga pelajar tingakatan 6 dilaporkan turut melarikan sejumlah wang ratusan ringgit, barang kosmetik, dua buah beg dan dua telefon bimbit milik mangsa.

Terdahulu, Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri ditemui tertiarap tidak bernyawa oleh adik perempuannya, Siti Nur Syuhada yang baru pulang dari sekolah.

Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga

9 hari selepas pembunuhan Siti Nur Surya...

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca