10 inisiatif di bawah PERMAI, bantu kelangsungan hidup

10 inisiatif di bawah PERMAI, bantu kelangsungan hidup
10 inisiatif di bawah PERMAI, bantu kelangsungan hidup
A
A
A

BAGI memelihara kebajikan rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM15 bilion.

Selain itu, menerusi pengumuman perutusan khas itu sebentar tadi, beliau turut menjelaskan matlamat bantuan itu dilaksanakan adalah untuk memerangi wabak Covid-19 serta menyokong kelangsungan perniagaan.

PERMAI juga menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

Berikut adalah inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI;

1. Lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank seperti yang diumumkan sebelum ini.

2. Pemberian sekali gus RM500 kepada petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain yang mula dibayar suku tahun pertama 2021.

3. KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

4. Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021.

5. Program Subsidi Upah 3.0: Semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon, tanpa mengambil kira sektor.

Majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000.

Had 200 pekerja bagi setiap permohonan ditingkatkan kepada 500 pekerja, dianggarkan 250 ribu majikan dapat manfaat.

6. Bantuan one-off RM500 kepada 14 ribu pemandu pelancong serta 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

7. Diskaun khas bil elektrik 10 peratus bagi Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan.

Iaitu pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan dan agensi pelancongan.

Rebat elektrik kepada semua pengguna TNB, pada kadar dua sen setiap kWh, bagi tempoh enam bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

8. Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac.

Baca juga Kuman ada di mana-mana, Dr Clo bantu cegah 99 peratus virus, bakteria di setiap sudut rumah

9. Pemberian percuma data 1GB kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.

10. Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.

Semoga dengan pengumuman Pakej Bantuan PERMAI ini dapat mengurangkan beban kita semua. Terus amalkan SOP bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca