10 perkara penting perlu buat bila usia mencecah 30 tahun

A
A
A

SEPERTI apa yang diketahui umum, hidup ini hanya sekali sahaja. Semua orang akan dapat merasa waktu remaja dan waktu tua hanya sekali seumur hidup.

Jadi, manfaatkanlah ke jalan yang betul dan jangan sia-siakan kehidupan dengan membuat perkara yang tak mendatangkan faedah atau merugikan diri sendiri.

Satu kajian telah dilakukan oleh satu laman web Quara mengemukakan satu persoalan kepada mereka yang berusia 50-an.

Mereka bertanya apa yang sepatutnya mereka akan lakukan pada usia 30 tahun agar dapat menikmati hidup di usia tua.

Kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama seperti apa yang bakal SinarPlus kongsikan. Jadi, bagi korang yang berusia 30 tahun tak kira wanita atau lelaki ambil nasihat ini kerana jika ia diperincikan dalam pelbagai sudut, memang ada benarnya.

1. Simpan duit

10 perkara penting perlu buat bila usia mencecah 30 tahun

Memiliki simpanan merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan peribadi. Tindakan ini ialah langkah pertama dan termudah untuk membina portfolio kewangan sebelum beralih ke komponen yang lebih kompleks, seperti pelaburan, pengurusan hartanah atau memulakan perniagaan sendiri.

Buat lah simpanan walau sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Korang dah boleh dilabel matang di usia ini sebenarnya.

2. Perbaiki hubungan keluarga

Walau pun ada sikap adik beradik yang korang tak suka tapi kita harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting.

Di saat orang lain menentang kita, keluargalah yang selalunya berada dibelakang yang akan memberi sokongan dan bantuan awal.

3. Jangan tangguh impian

Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang.

Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.

4. Berhenti makan benda mengarut

Kita mampu untuk buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi kita tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.

5. Bersukan

Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah kita sukar untuk kembali kurus bila mencecah umur 30-an.

6. Jangan merokok

10 perkara penting perlu buat bila usia mencecah 30 tahun

Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama kita dengan tabiat ini, makin berisiko kesihatan kita pada masa akan datang.

7. Pakai krim pelindung matahari

Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan. Sila pakai krim pelindung matahari jika korang tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.

8. Melancong

 

Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang korang boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.

9. Hargai teman

Seharusnya ketika ini kita sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman kita ketika tua nanti.

10. Beli rumah

Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar kita ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.

10 perkara penting perlu buat bila usia mencecah 30 tahun

Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca