SEKALI-SEKALA bertukar persekitaran kerja bukanlah sesuatu yang asing, tambahan pula dikala kebanyakan orang kini berada dalam keadaan bimbang dan berhati-hati ekoran pandemik Covid-19 yang kini semakin ‘menggila’.

Tekanan daripada situasi ini pastinya memberi kesan kepada produktiviti kerja. Ramai golongan berkerjaya sudah mula bekerja dari rumah dan kini ia telah menjadi suatu norma baharu yang semakin menjadi kebiasaan.

Bagi sesetengah individu, rumah bukanlah tempat terbaik untuk fokus membuat kerja. Oleh itu, beberapa hotel di sekitar ibu negara dilihat telah mengambil pendekatan kreatif dan inovatif dengan menawarkan konsep bekerja dari rumah kepada bekerja dari hotel.

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Pengusaha hotel dilihat telah menawarkan pelbagai pakej kepada pelanggan untuk mendapatkan suasana kerja yang selesa dengan pelbagai kemudahan menarik yang percuma.

Pendekatan itu sekali gus dapat membantu pihak hotel daripada terus dibelenggu dengan masalah kekurangan pelanggan akibat sektor perlancongan yang dilihat semakin teruk terkesan akibat pandemik Covid 19.

Selain itu, langkah kerajaan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu dan kini PKP Bersyarat (PKPB) seperti di Selangor menyebabkan industri perhotelan semakin tertekan.

Kini, konsep bekerja dari hotel juga kini dilihat seakan menjadi trend dalam kalangan mereka yang terpaksa mengambil pilihan tersebut disebabkan tidak dibenarkan untuk ke pejabat.

Oleh itu SinarPlus kongsikan 10 hotel terkemuka di Selangor seperti yang disenaraikan oleh Tourism Selangor dalam satu kenyataan menawarkan pakej ‘work from hotel’ dengan harga serendah RM35.

Antaranya adalah seperti :

1. Première Hotel Klang

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM160. Untuk maklumat lanjut, layari

https://www.facebook.com/PremiereHotels/photos/a.137763029604287/3498759963504560v

2. New World, Petaling Jaya Hotel

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM160. Untuk maklumat lanjut, layari

https://www.facebook.com/NewWorldPetalingJaya/posts/979867405850036

3. De Palma Group of Hotels & Resort

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM 35. Untuk maklumat lanjut, layari

https://www.facebook.com/depalmahotels/posts/3565544193503035

4. Hotel Tenera

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM 98. Untuk maklumat lanjut, layari

https://www.facebook.com/hoteltenerabangi/posts/791126998377159

5. Grand BlueWave Hotel Shah Alam

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM 48. Untuk maklumat lanjut, layari

https://www.facebook.com/grandbluewave/posts/3375176949226862

6. One World Hotel Petaling Jaya

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM190. Untuk maklumat lanjut, layari

Iklan

https://www.facebook.com/OneWorldHotelPetalingJaya/posts/4113224148692832

7. Wyndham Acmar Klang

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM 38. Untuk maklumat lanjut, layari

https://www.facebook.com/wyndhamacmarklang/posts/359038578848374

8. Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM150. Untuk maklumat lanjut, layari

https://www.facebook.com/movenpickhotelklia/posts/3547130218666853

9. Sunway Resort Hotel & Spa

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM150. Untuk maklumat lanjut, layari

Iklan

https://www.facebook.com/SunwayResortHotelandSpa/posts/10158633184860813

10. Eastin Hotel, Petaling Jaya

10 senarai hotel terkemuka di Selangor tawar ‘work from hotel’, pakej serendah RM35!

Harga bermula dari RM 120. Untuk maklumat lanjut, layari

https://www.facebook.com/eastinhotelkl/posts/3481360661907846

SinarPlus percaya, mungkin rumah bukanlah tempat terbaik untuk bekerja lantaran kemungkinan berlakunya gangguan terhadap fokus kerja kita.

Bagi sesetengah orang juga, suasana kerja dari rumah yang sama setiap hari pula mengundang kebosanan.

Dengan pelbagai pakej seperti yang ditawarkan, inilah masanya untuk kita tingkatkan produktiviti dan menyiapkan kerja yang diamanahkan dalam penuh keselesaan dengan perhidmatan hospitaliti yang berkualiti.

Namun begitu, usahlah kita mengabaikan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kepatuhan kepada operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam komuniti.

Selamat bekerja dalam apa suasana sekali pun janji amanah yang dipertanggungjawabkan dilunas dengan sehabis baik!