TIDAK dapat dinafikan bagi kebanyakan kita yang bekerja di pejabat pastinya akan melakukan rutin yang lebih kurang sama sahaja setiap hari.

“Rasa malas je nak kerja!” Mungkin itulah yang korang rasa dan sedang alami. Pergi kerja, hadap meja dan kompter dan tiba masa petang pulang ke rumah.

10 teknik hilangkan rasa malas di tempat kerja, jaga bau badan juga penting!

Lama-kelamaan motivasi diri untuk bekerja dengan baik pun mungkin akan menurun. Secara tidak langsung inilah yang akan menjadi punca penurunan prestasi kerja dan lebih teruk kita mula rasa malas ingin menyiapkan tugasan diberikan. Betul tak?

Selain mengambil cuti untuk berehat kita juga sebenarnya boleh melakukan beberapa teknik untuk pastikan diri sentiasa ceria dan bersemangat di tempat kerja.

Ikuti beberapa teknik yang boleh diamalkan setiap hari agar hari-hari kita di pejabat terus ceria dan lebih produktif!

1.Tidur yang mencukupi

Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur. Secara am, ia disyorkan orang dewasa (termasuk orang tua) mendapatkan tujuh hingga lapan jam tidur setiap malam.

vJawatan jurutidur profesional terbaik di Malaysia dikendaki dengan tawaran gaji RM3,000!

Namun demikian, memetik laporan myhealthmylife, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan individu dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata.

Oleh itu, pastikan kita mendapat tidur yang cukup selama enam hingga lapan jam sehari. Percayalah tidur yang cukup menjamin hari yang lebih menyegarkan!

2. Mulakan dengan senaman

Curi masa yang sedikit sahaja setiap pagi, anda tak rugi! Asingkan diri selama 5 hingga 10 minit untuk melakukan senaman sama ada di rumah atau pejabat. Badan yang bersenam akan lebih peka dan segar.

3. Ambil sarapan pagi

Kasihan tengok suami, anak makan nasi bungkus, 8 cara masak mudah bagi ibu berkerjaya

Tahukah anda bahawa makan pagi merupakan waktu makan yang paling penting! Ia memberikan sumber tenaga awal kepada badan anda dan mampu mempengaruhi mood anda sepanjang hari. Jadi jangan skip breakfast ya!

4. Minum air dengan cukup

Ini perkara asas yang sering orang lupakan. Pastikan badan anda sentiasa cukup air. Minum air kosong juga boleh elak anda mengambil makanan tak berkhasiat dan berminyak. Badan segar bila minum air yang cukup. Kalau tak percaya anda boleh cuba.

5. Makan buah

Buah-buahan merupakan antara makanan yang penting kepada badan. Kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan ia mampu membuatkan badan kita berasa lebih segar dan bertenaga.

Tak rugi bagi siapa yang suka makan buah mangga!

Jadi, untuk mendapatkan tenaga tambahan banyakkan makan buah tapi jangan pula ambil dalam kuantiti yang berlebih-lebih. Nanti bukan dapat tenaga tambahan, dah terlalu kenyang nanti jadi malas yang bertambah pula. AWAS!

6. Postur badan

10 teknik hilangkan rasa malas di tempat kerja, jaga bau badan juga penting!

Iklan

Ya, kedudukan bagaimana kita berdiri, duduk atau berehat juga sangat penting. Pastikan korang sentiasa mengamalkan kedudukan postur yang baik kerana ia boleh mempengaruhi kesegaran badan. Ia juga boleh elak kita berasa sakit otot.

7. Jaga bau badan

Ini indikasi yang paling ketara bagi menunjukkan anda seorang yang mementingkan kebersihan dan juga kesegaran badan. Jika anda mempunyai masalah badan mudah berpeluh pastikan anda menggunakan deodoran yang sesuai.

10 teknik hilangkan rasa malas di tempat kerja, jaga bau badan juga penting!

Usahlah guna deodoran yang tak sesuai dengan badan dan hanya menghasilkan bau kurang enak bukan sahaja untuk anda tetapi orang sekeliling.

8. Pakaian bersih setia hari

Elakkan memakai baju yang sama setiap hari. Untuk reaksi balas minda akan kesegaran badan pakailah baju yang bersih setiap hari. Cuba elak ulang pakai baju yang sama melebihi sekali.

Iklan

9. Jaga kebersihan kaki

Setiap hari di pejabat kita mungkin sentiasa memakai kasut. Kalau dibuka pun mungkin ketika kita berehat untuk menunaikan solat.

Kebersihan kaki dengan menggunakan stokin dan kasut yang bersih boleh mempengaruhi mood seharian korang. Kaki yang berbau boleh buat kita rasa kurang senang dengan diri sendiri.

10. Jangan tinggal solat

Percayalah! Sesibuk mana pun kita dengan tugasan kerja, jika kita menjaga solat, perjalanan aktiviti harian akan berjalan dengan lebih lancar.

Solat

Malah jika menyegerakan solat kita tidak akan rasa masa itu tak mencukupi. Segalanya akan lebih tenang dan menyegarkan. Faktor wudhuk juga boleh memberikan kesan kesegaran badan dengan luar biasa.

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat yang baik untuk kita terutamanya yang sentiasa sibuk saban hari di pejabat. Selamat mencuba!