KUCING merupakan haiwan yang terbaik dan sesuai untuk dijadikan peneman di rumah. Di samping dapat mengawal gangguan haiwan seperti tikus dan lipas di rumah, kucing juga dapat memberi kegembiraan dalam hidup kita dek kerana sifatnya yang manja dan comel.

Bagaimanapun, sebelum mengambil keputusan untuk mula membela kucing di rumah, banyak perkara yang perlu kita ambil peduli dan tidak boleh dibuat dengan sambil lewa seperti yang dibuat oleh kebanyakan ramai orang.

Ini antara beberapa tip penting sebelum kita mengambil keputusan membela haiwan manja tersebut supaya tidak dilabel zalim terhadap haiwan dalam tidak sedar!

1. Pastikan gaya hidup kita sesuai atau tidak

Kucing merupakan haiwan yang sangat berdikari. Namun begitu, ia masih tidak mampu untuk cara diri mereka sendiri di dalam rumah.

Sebelum mengambil keputusan untuk membela kucing, pastikan gaya hidup anda bersesuaian dengan kucing.

Individu yang sibuk bekerja mendapati agak sukar untuk mencari masa untuk kucing yang sangat memerlukan perhatian dan perapian lebih lebih lagi kucing yang bijak dan aktif.

Namun jangan risau, lakukan kajian kerana terdapat kucing yang sesuai untuk gaya hidup yang sibuk bekerja.

2. Bela dua ekor kucing sekiranya terlampau sibuk bekerja

Bagaimana jika keadaan kita berubah setelah membela kucing? Waktu bekerja kita terlampau lama dan masih inginkan kucing menyambut kita di pintu apabila pulang dari kerja.

Membela kucing lagi seekor untuk menemani kucing anda bermain merupakan penyelesaian yang terbaik.

3.Pastikan tidak mempunyai alergi

Adakah korang mempunyai sebarang alergi? Jika menderita dari reaksi alergi, sila lakukan pemeriksaan untuk alergi kucing sebelum membawa pulang kucing ke rumah.

Namun ada juga individu yang mempunyai alergi dapat menyesuaikan diri dengan kucing mereka sendiri tapi mengalami reaksi terhadap kucing lain.

4. Kasi atau mandulkan kucing bila sampai waktu

Sebelum membawa pulang kucing ke rumah, bawa ia ke veterinar untuk pemeriksaan kesihatan. Tambahan lagi sila jadualkan kucing untuk dimandulkan sebelum mencapai usia matang.

Ini memberikan banyak perbezaan dalam kucing yang sihat dan gembira dengan kucing yang sengsara sehingga berusaha untuk keluar rumah dan juga menyembur urin di perabot anda. Banyak ya kebaikan daripada memandulkan kucing ini.

5. Sediakan kotak pasir dan makanan yang bersesuaian

Dapatkan kotak pasir yang bagus dan berkualiti. Kotak pasir yang bertutup boleh memberikan kucing lebih privasi dan jenis pasir yang berbutir juga lebih senang untuk dicara.

Pastikan kotak pasir kucing sentiasa bersih untuk keselesaan bukan hanya kucing tapi juga kita.

Pastikan juga beli makanan yang bersesuaian dengan usia kucing. Boleh tengok tipsmemilih kibbles terbaik untuk kucing. Jika sentiasa ada di rumah, latih kucing untuk kencing dan berak di bilik air. Dapat jimat dalam perbelanjaan pasir bukan?

Iklan

6. Sediakan permainan yang mencukupi

Kucing haiwan yang suka bermain. Patung tikus, bulu pelepah dan walaupun kotak kosong sekali pun sangat menghiburkan kucing. Benda permainan tidak seharusnya mahal, malah boleh juga dibuat sendiri. Pastikan mainan mencukupi untuk membuatkan kucing anda gembira, aktif dan tidak bosan.

7. Sediakan juga tempat mencakar untuk kucing

Tidak mahu sofa dicakar-cakar atau beg LV baru rosak, beli tempat cakar khas untuk kucing.

8. Tak wajib tapi boleh juga sediakan catnip dan treats

Catnip dan treats adalah bagus untuk merasuah kucing kita dan juga melatih kucing untuk melakukan trick. Treats untuk kucing juga senang sahaja untuk dimasak di rumah.

9. Dapatkan insurans

Dapatkan insurans haiwan peliharaan. Di Malaysia ni tak pasti ada ataupun tidak. Namun jika ingin memiliki baka kucing yang mahal, adalah digalakkan untuk mengambil insurans

10. Jika ingin bela anak kucing

Jika ingin membawa pulang anak kucing, pastikan memulakan rutin perapiannya seawal usianya. Memandikan, memberus bulu dan memotong kuku supaya kucing kita dapat membiasakan dirinya.

Iklan

Jika tidak rutin ini akan menjadi mimpi ngeri. Sekiranya menemui anak kucing, ikuti cara penjagaan anak kucing yang betul.

Jadi itu dia tip untuk korang yang mula ingin membela kucing. Kucing akan hidup lama hampir 20 tahun jika menjaganya dengan baik. Jadi kita dan kucing akan bersama dalam tempoh yang sangat lama.

Korang juga boleh ambil bela kucing-kucing yang ada di pusat perlindungan kucing. Terdapat banyak pusat perlindungan kucing yang ada di Malaysia. Kucing-kucing di pusat perlindungan sangat perlukan kasih sayang. Ataupun juga boleh menyayangi kucing jalanan yang sentiasa dambakan kasih sayang manusia.

Adopt dont shop ok!

Sumber: themamamiaow.com