TINGGAL beberapa hari sahaja lagi untuk tahun 2020 bakal melabuhkan tirai. Seperti kebiasaan menjelang tahun baru, saluran video terbesar di dunia, YouTube pasti akan mengeluarkan senarai tahunan mereka.

Senarai yang dikeluarkan adalah bagi memperlihatkan 10 content creator paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2020.

Apa yang mengejutkan melalui senarai yang dikeluarkan oleh YouTube, ia diterajui oleh Isa Isarb yang mana content creator itu sering berkongsi video eksperimen sosial, selain turut menerbitkan video lagu pada tahun ini.

Senarai Youtuber yang dikeluarkan itu juga tidak termasuk dalam syarikat-syarikat pengeluar dan ianya hanya fokus kepada golongan individu yang digelar Youtuber atau Content Creator.

Berikut merupakan senarai penuh senarai penerbit kandungan paling popular di Malaysia untuk tahun 2020 ini di YouTube:

1)  Isa Isarb (1.8M Subscriber)

2)  Jess No Limit (19.6M Subscriber)

3)  Sugu Pavithra (811K Subscriber)

4)  Ebit Lew (903K Subscriber)

5)  Alieff Irfan (3.01M Subscriber)

6)  Che Nom (872K Subscriber)

7)  Cikidot Channel (911K Subscriber)

Iklan

8)  Isaac Osman (940K Subscriber)

9)  Azfar Heri (575K Subscriber)

10)  Bella Khan (1.06M Subscriber)

Namun, jika kita amati 10 nama yang tersenarai itu, nama YouTuber terkenal, Syahmi Sazli langsung tidak tersenarai malahan jika nak dibandingkan dengan jumlah subscriber, Syahmi antara YouTuber yang mempunyai sangat ramai pengikut iaitu sebanyak 2.48 juta subscriber.

Iklan

Tambahan pula jumlah tontonan kini telah mencapai sehingga 300 juta views dan pelbagai kejayaan juga telah di capai termasuk menghasilkan filem sendiri. Semuanya kejayaannya bermula di YouTube.

Apakah punca Syahmi tidak disenaraikan sebagai 10 content creator paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2020? Mungkin YouTube ada alasannya yang tersendiri.

Apa-apapun tahniah kepada semua yang tersenarai!

Sumber : YouTube