11 aktiviti layak untuk penerima dua dos vaksin sahaja, mesti tunjuk sijil digital

A
A
A

SEKIAN lama terperuk di rumah, ada sesetengah terpaksa menutup perniagaan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Situasi pandemik yang berterusan menyebabkan ketidaktentuan emosi dan kemurungan.

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad merupakan berita baik buat penerima vaksin lengkap untuk melaksanakan kemahuan kendiri yang tertangguh sekian lama.

Bagi korang yang berada di negeri yang berada di negeri pada Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 iaitu melibatkan Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Johor, 11 kedai dibenarkan dibuka untuk kemudahan.

Populasi dewasa di negeri-negeri ini difahamkan sudah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus kadar vaksinasi yang membolehkan rakyatnya yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 dos satu dan dua memanfaatkan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berikut:

1-Kedai cuci kereta

2-Kedai eletrik dan elektronik

3-Kedai barangan rumah dan peralatan dapur

4-Kedai perabot

5-Kedai peralatan sukan

6-Kedai aksesori kereta

7-Pusat pengedaran dan jualan kereta

8-Pasar pagi dan pasar tani

9-Kedai pakaian, fesyen dan aksesori

10-Kedai barang kemas

11-Kedai gunting rambut dan pusat/ salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

Baca juga Ini Senarai Boleh Dilakukan Pada Fasa 3, Tahniah Perlis, Sarawak Dan Labuan

Bagi kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas dan kedai gunting rambut dan salun kecantikan yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut asas, pemakaian sarung tangan adalah diwajibkan dengan had urusan masa serta larangan menggunakan fitting room. Ia dilakukan bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan.

Manakala negeri dalam PPN Fasa 2 iaitu Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah serta PPN Fasa 3 iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, rakyatnya yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 boleh menikmati semua kemudahan yang diberikan kepada negeri PPN Fasa 1 dan beberapa kemudahan lain lagi seperti berikut iaitu:

1-Kedai alat permainan

2-Kedai tembakau

3-Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi

4-Kedai peralatan outdoor

5-Kedai barangan terpakai

6-Kedai bunga dan nurseri

7-Kedai barang dan khidmat fotografi

8-Kedai kraftangan dan cenderahati

9-Kedai kandungan kreatif dan alat industri kreatif

10-Kedai permaidani

11-Kedai antik

Baca juga Jangan Kongsi Screen Shot Sijil Digital, Nombor Batch Vaksin Di Media Sosial. Ini Sebabnya…

Namun, buat masa ini, hanya penduduk di negeri PPN Fasa 1 sahaja yang dibenarkan ke taman rekreasi awam. Hanya aktiviti riadah individu dibenarkan seperti jogging, berbasikal dan bersenam serta perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan

Taman awam yang dibenarkan hanya di kawasan kejiranan dan tidak boleh melibatkan rentas negeri dan daerah untuk ke taman rekreasi lain.

Korang yang ingin memasuki premis yang disenaraikan perlulah menunjukkan sijil digital vaksinasi atau bukti bervaksin lengkap.

Vaksinasi lengkap bermaksud individu tersebut sudah 14 hari dos kedua bagi vaksin bagi vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Manakala bagi penerima vaksin satu dos iaitu Cansino dan Johnson and Johnson, mereka hanya dikatakan lengkap divaksin hanya 28 hari selepas tarikh suntikan.

Baca juga Hanya 15 Saat! Varian Delta ‘Menyerang’ Melalui Udara. Berikut 7 Fakta Perlu Ambil Tahu…

Pengumuman tersebut disambut baik warganet yang rata-rata mengakui tertangguh untuk melakukan pelbagai perkara berkaitan pengurusan kendiri.

“Bagus. Kedai gunting rambut buka. Tiga bulan tak dapat potong rambut. Panas tak tahan.”

“Betul ke boleh pergi taman? Happy juga dengar kesian budak-budak lama dah terperap kat rumah.”

Namun ada juga netizen yang menyuarakan kebimbangan dalam situasi kes yang tinggi pada masa ini.

“Kes penurunannya di Lembah Klang saja, tapi negeri-negeri lain yg vaksinasinya lambat tetap makin meninggi.”

“Apa-apa pun jaga SOP semua jangan kata kerajaan tak bagi. Kerajaan tak bagi korang semua bising. Tak apa kali ini jaga SOP.”

Setakat 14 Ogos 2021, Sebanyak 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Diharapkan kelonggaran yang diumumkan ini dimanfaatkan sebaiknya.

Walaupun pelbagai kedai dibuka semula, pertimbangkan untuk keluar rumah untuk perkara yang perlu sahaja. Jangan lupa untuk memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mengelakkan tempat sesak bagi mengelak risiko jangkitan.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Foto: Pexels, Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca