DALAM masa beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan memulakan ibadah puasa selama satu bulan.

Jika mahu dihuraikan satu persatu nikmat di sebalik bulan yang teragung ini, terlalu panjang untuk dikongsikan.

Namun, pada artikel ini, SinarPlus ingin bercerita tentang tempoh masa atau durasi masa penduduk di seluruh dunia berpuasa.

Secara asasnya, ibadah puasa kita bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

Ini bermakna, pastinya terdapat perbezaan dalam tempoh berpuasa di setiap wilayah dan negara di dunia ini.

Menurut laman web Aljazeera, umat Islam di Malaysia akan berpuasa selama lebih kurang 13 ke 14 jam.

Ujar laman web itu lagi, pada tahun lalu, tempoh umat Islam di seluruh benua adalah sekurang-kurangnya 11 jam dan maksimum sekitar 20 jam.

Bagaimana pula tahun ini? AlJazeera berkata, jangkaan durasi masa masih tetap sama.

“Lazimnya, lokasi-lokasi yang memerlukan mereka berpuasa panjang adalah negara-negara Skandinavia dan Rusia yang terletak berhampiran dengan Kutub Utara,” beritahu mereka.

Berikut adalah senarai beberapa negara yang bakal menyaksikan penduduk mereka akan berpuasa pada durasi masa yang panjang seperti yang dikongsi oleh AlJazeera:

1. Nuuk, Greenland: 19-20 jam

2. Reykjavik, Iceland: 19-20 jam

3. Helsinki, Finland: 18-19 jam

4. Stockholm, Sweden: 17-18 jam

5. Glasgow, Scotland, UK: 17-18 jam

Iklan

7. Oslo, Norway: 17-18 jam

8. Copenhagen, Denmark: 17-18 jam

9. Moscow, Russia: 17-18 jam

10. Berlin, Germany: 16-17 jam

11. Amsterdam, the Netherlands: 16-17 jam

TAKWIM

Nampaknya, cabaran dan dugaan penduduk di 11 negara itu lebih besar berbanding dengan kita di Malaysia.

Iklan

Sejajar dengan Ramadan yang bakal menjelma juga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerusi portal rasminya telah menerbitkan jadual waktu berbuka puasa dan imsak pada tahun ini.

Artikel berkaitan: Latih anak berpuasa, ini cara berkesan ajar berperingkat ikut waktu solat

Jadual atau takwim tersebut boleh membantu kita membuat semakan.

Jadual tersebut boleh dimuat turun dengan melayari atau klik pautan Jadual waktu imsak dan berbuka puasa negeri-negeri seluruh Malaysia bagi tahun 1442H/2021M