SEBELUM ini, banyak rungutan ibu bapa terhadap nasib pembelajaran anak-anak di musim Covid-19 yang semakin membimbangkan ini.

Dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa semua sekolah seluruh negara termasuk Kolej Vokasional akan ditutup bermula 9 November 2020 sehingga hari akhir persekolahan, 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, menerusi sidang media, sebentar tadi.

Oleh itu, SinarPlus senaraikan 11 perkara yang ibu bapa dan pelajar perlu ambil tahu berkenaan sesi persekolahan.

1. Semua sekolah yang tidak melaksanakan PKPB di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sawarak akan turut ditutup pada tarikh yang sama.

2. Pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh penutupan tersebut akan dijalankan secara home based learning mengikut kesesuaian guru dan murid.

3. Pentadbir sekolah perlu memainkan peranan agar guru dan murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

4. Semua guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing.

5. Bagi pelajar sekolah menengah Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada 20 Januari 2021.

6. Pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan pembelajaran tetapi secara ‘home based learning’ mengikut kessuaian guru dan murid. Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.

7. Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan STPM akan bermula 8 Mac 2021.

Iklan

8. Pelajar yang tinggal di asrama, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing. Malah, surat kebenaran merentas negeri untuk menjemput anak-anak juga boleh dipohon dari pihak sekolah. Makanan untuk pelajar sepanjang menunggu tempoh ibu bapa jemput akan ditanggung sekolah.

Baca juga 23 perkara boleh dan tak boleh dilakukan ketika PKPB, langgar kena denda

Iklan

9. Penggal persekolahan secara bersemuka pada tahun depan akan dimulakan pada 20 Januari 2021.

10. Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama (20 Januari 2021).

11. Pelajar Program Matrikulasi KPM dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka akan meneruskan pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya dan melakukan ulang kaji kendiri sehingga 31 Disember 2020.

Sumber: Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan