AMALKAN gaya hidup sihat sepanjang hayat! Berhenti merokok sebelum terlambat!

Menurut kajian, merokok mampu meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok.

Merokok juga boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan manusia. Walaupun untuk menghilangkan ketagihan merokok itu didakwa bukan satu perkara yang mudah, namun bak kata pepatah, “hendak seribu daya tak nak seribu dalih”.

Oleh itu, SinarPlus kongsikan 15 cara mudah yang mungkin boleh diguna pakai jika kita berniat untuk berhenti merokok. Apa pun langkah awal dan tindakan perlu diambil segera sebelum terlambat!

Antara langkah yang korang boleh amalkan adalah seperti berikut :

  1. OATS

15 cara murah kurangkan ketagih merokok

Oats merupakan sejenis makanan yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan mengurangkan keinginan untuk merokok serta mengurangkan simptom withdrawal. Caranya adalah ambil 1 sudu besar oat dan dicampur ke dalam 2 cawan air masak. Rendam semalaman dan rebus pada keesokkan harinya kira-kira 10 minit. Makan oat tersebut setiap kali selepas makan.

2. AIR

Air merupakan egen detoks yang mudah didapati, air akan membantu dalam detoksifikasi badan. Setiap kali rasa ingin merokok minumlah segelas air. Ia bukan sahaja boleh membantu mengurangkan keinginan malah mengurangkan simptom withdrawal.

3. SERBUK CILI MERAH

15 cara murah kurangkan ketagih merokok

Cili merah juga merupakan salah satu ubat semulajadi untuk berhenti merokok. Caranya adalah dengan mencampurkan beberapa cubit serbuk cili merah ke dalam segelas air.  Cili merah membantu dalam menyahsensiviti sistem pernafasan untuk semua perkara yang melibatkan ketagihan. Ia juga mampu mengurangkan ketagihan merokok.

4. HALIA

Salah satu simptom withdrawal merokok adalah loya. Halia didapati dapat mengurangkan rasa loya, minum air yang dicampur dengan jus halia.

5. BUNGA LOBELIA

15 cara murah kurangkan ketagih merokok

Bunga lobelia membantu mengatasi gejala seperti loya, lapar dan kurang rasa tumpuan.

6.MULTIVITAMIN

Merokok menyebabkan badan kita kekurangan vitamin yang penting dalam badan. Vitamin A, C dan E dapat menampung semula kekurangan vitamin itu malah boleh menangani  simptom withdrawal. Vitamin A mampu mengurangkan mukus, vitamin E mampu membaiki sel-sel yang rosak akibat merokok dan vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun badan.

7. RADISH

Sejenis lobak yang dipercayai dapat membantu untuk berhenti merokok. Parut lobak atau mesin dan ambil jusnya. Campurkan bersama madu dan minum sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.

8. LICORICE STICK

15 cara murah kurangkan ketagih merokok

Iklan

Sejenis herba yang dapat mengurangkan rasa keinginan untuk merokok. Kunyah licorice stick setiap kali anda berasa ingin merokok.

9. EKSTRAK BIJI ANGGUR

Pengambilan ekstrak biji anggur dapat membaiki kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh tabiat merokok.

10. JUS ANGGUR

Kandungan asid dalam jus anggur dapat membantu menyingkirkan nikotin. Jadikan amalan meminum jus anggur setiap hari akan memudahkan anda mengurangkan ketagihan merokok.

11. HERBA WORT ST JOHN

Dalam kajian mengambil 450mg kapsul wort st john dua kali sehari dapat membantu mengurangkan tabiat merokok.

12. HYSSOP

Sejenis herba yang di percayai dapat mengurangkan simptom withdrawal seperti perasaan reah dan dapat membersihkan paru-paru.

Iklan

13. GINSENG

GINSENG

Campurkan sesudu teh serbuk ginseng dalam sarapan pagi untuk membantu mengurangkan keinginan merokok. Ginseng adalah satu ubatan yang berkesan untuk menghalang pembebasan dopamin, salah satu komponen utama yang terdapat dalam nikotin.

14. VELARIAN

Sejenis herba yang terbaik dapat membantu meringankan simptom withdrawal seperti keresahan, insomnia, tekanan, kebimbangan dan kegelisahan.

15. MADU

rawat wajah
Madu Foto: Unsplash

Madu merupakan sejenis manisan yang dapat membantu untuk berhenti merokok. Terdapat vitamin, enzim dan protein dalam madu yang mampu mengurangkan tabiat merokok dengan mudah.

Sumber : Facebook maziahismail