MELALUI instagram syukor_khamis, remaja ini berkongsi berita sedih apabila memaklumkan bahawa beberapa ekor kerbau kesayangannya telah mati.

Difahamkan kematian lebih kurang 25 ekor kerbau milik keluarganya itu mungkin disebabkan oleh wabak seperti yang dinyatakan sendiri oleh Syukor.

25 ekor kerbau Syukor mati terkena wabak

Syukor juga memohon doa daripada semua agar musibah ini segera berakhir.

“Dugaan besar buat kami sekeluarga… mungkin sekarang musim wabak…kami sekeluarga mengharapkan doa daripada semua agar musibah ini segera berakhir,” tulisnya ringkas di laman sosial.

25 ekor kerbau Syukor mati terkena wabak

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut meluahkan rasa sedih terhadap perkara yang menimpa Pak Khamis, Syukor dan keluarganya.

“Pagi ini menerima berita kematian tiba-tiba 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.

“Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang,” tulisnya di Instagram.

Selain itu, beliau turut menitipkan pesanan.

Iklan

“Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣

Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.⁣

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ⁣

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

Pagi ini menerima berita kematian tiba-tiba 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. ⁣ ⁣ Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣ ⁣ Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.⁣ ⁣ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ⁣ Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. Kredit @dallahdeen

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Semoga Pak Khamis, Syukor dan seluruh ahli keluarganya tabah dengan dugaan ini.